Wednesday, March 30, 2011

SPAM LUCAH DI FACEBOOK...!!!

MaYdaY...MaYdaY..MaYdaY...!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Minggu ni ramai user Facebook [FB] dikejutkan dengan virus atau SPAM versi Indonesia yang memperdaya user FB untuk klik pada URL yang tertera pada status mangsa yang sudah klik pada URL SPAM tersebut...ramai kawan-kawan FB aku pon kene SPAM ni...so ini antara info yang aku dapat untuk mengelakkan korang semua menjadi mangsa SPAM LAHANAT neh...!!!

Langkah-langkah keselamatan;

  1. Jangan klik status yang meragui dan berunsur lucah walaupun waktu tu korang ngah gian..hehe~
  2. Jangan klik LINK URL yang ade "tinyurl.com"...!!!
  3. Pergi kat ACCOUNT SETTING Facebook korang then klik ACCOUNT SECURITY lepas tu ticks seperti gambar dibawah..untuk melayari FB dengan lebih selamat...!!
[klik pada gambar untuk larger view]
Dan yang paling penting skali info terbaru..korang kene gi link FB yang akan aku bagi ni dan BLOCK APP sebab apps FB ni la yang menjadi punca berlaku ONAR di bumi FB...!!!

klik link NO MORE SPAM ni dan buat seperti gambar dibawah...JANGAN KORANG LIKE PULAK..!!

sebarkan info ini...!!!!

Tuesday, March 29, 2011

DERMA DARAH

DaaaaRaaaHHHhhhhh~~~~




Pernah tak korang melihat accident atau ada dikalangan ahli keluarga anda pernah accident dan cedera parah..??? Kebarangkalian untuk kehilangan darah yang banyak adalah tinggi bagi mangsa yang cedera parah..!! Anda mungkin sahaja akan menganggap DR dan Nurse akan dapat menyelamatkan mangsa..tapi tahukah anda bahawa sebenarnya mangsa amat memerlukan pertolongan anda...!!!
Tahukah anda bahawa jasa orang yang menderma darah amat dihargai oleh mangsa dan anda juga telah berjaya menyelamatkan mangsa secara tak langsung...!!! Bagi yang beragama Islam ianya merupakan pahala dan bagi agama lain juga mungkin berpendapat sedemikian..
Baiklah, nak dijadikan cerita aku pun baru je menderma darah, bukan DARA ye..!! masa kat Karnival Integrasi KMR yang aku hebohkan kat korang tu..hehe..actually tu first time aku derma darah..hehe..sebab sebelum ni takut..hehe~
Ok ni syarat2 untuk individu yang layak menderma darah..PUSAT DARAH NEGARA
- Posted via my iPhone

Managerial Economics Journal

Pheeww......

Eh...lupe nak bagi salam..hehe...Assalamuaikum dan Salam Sejahtera...

ni kalau dah tahap tepu teramat..!!
Kuliah ME arini agak memeningkan otak aku kot..sebab aku ni paling tak gemor kalau subjek tu ada mathematical ngan statistik walaupun sebagai bisnesman itu adalah key-factor to success in your business rite..???haha NVM, aku akan cuba sedaya upaya minat kat subjek ni..!!! Boleh ke..??

Learning outcome yang aku dapat lepas dengar lecture ME tadi mostly how to differentiated the elasticity and inelasticity..beza dia elastik ni dalam ekonomi kalau harga goods yang ditawarkan meningkat, quantity demanded will be declined much larger than inelasticity price of goods..faham..??LOLs

Ok then tadi dapat la jugak get to know some of my new course-mate sebab this time aku datang kuliah awal dan duduk 3rd row from the front..sebelum ni asyik duk belakang je..lecturer ngajor aku duk Fb-ing je..haha..camni ke MBA student..!!!
hahaha~~

P/S: just for my own reminder aku ade assignments ME utk chapter 4 and need to be submited this April 11..!!! dah la tak reti gune excel neh..ottokae..???

- Posted via my iPhone

Friday, March 25, 2011

INFO | Anda Sudah Mendaftar Sebagai Pengundi...???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Entri kali ni mungkin ada yang suka dan ada yang tak suka..its up to u but this is just an info-sharing for those yang mungkin tak tau hak mereka sebagai pengundi bila tiba masanya...hehe~

Malaysia sudah merdeka hampir 54 tahun dan selama itu kita dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional (ni bukan nak bekempen sokong kerajaan dan pembangkang ye..!!!). Baiklah, kita semua sedia maklum syarat untuk menjadi pengundi adalah 

  1. warganegara Malaysia
  2. berumur 21 tahun keatas
  3. bermastautin tetap di kawasan Dewan Undangan Negeri/ bahagian pilihan raya
  4. tidak hilang kelayakan oleh undang-undang yang berkuatkuasa


Tahun lepas aku dah daftar kat booth SPR dalam Kompleks PKNS, Shah Alam..proses pendaftaran tak lama mana pon..isi Borang A..bagi I/C kat pegawai SPR tu then siap..dalam 5-10min da settle..then kita just perlu check nama kita kat website spr.gov.my senang je kan...?!

So, pada korang yang belum lagi mendaftar sebagai pengundi cepat2 la daftar kat:

  1. Pejabat-pejabat SPR [sila klik]
  2. Pejabat-pejabat Pos Berkomputer
  3. Wakil-wakil Jabatan [sila klik]
  4. Wakil-wakil parti politik [sila klik]
  5. Pejabat-pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di luar negara [sila klik]
**untuk semakan pendaftaran [sila klik]


TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB ANDA HARI INI JUGA...!!!!

- Posted via my iPhone

Friday, March 18, 2011

Jom Meriahkan KARNIVAL INTEGRASI KMR Di UPM, SERDANG...!!!

KARNIVAL INTEGRASI KMR [KARMA 2011]

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Wah..wah..wah...kolej kediaman masa aku buat Degree kat Universiti Putra Malaysia (lengkap tuh aku tulis..!) akan mengadakan EVENT gempaaakkkk giler beb....!!! bangga aku jap...perghhh~~~

Baiklah...mungkin ramai yang tertanya-tanya apa makna akronim KMR tu kan..?! KMR tu Kolej Mohamad Rashid..kolej kediaman pelajar yang pertama dibina di UPM, serdang tu..dulu nama UPM adalah Kolej Pertanian Serdang...dekat je dengan MARDI, MAEPS, Putrajaya dan UKM tuh...tapi jangan gi UKM plak sebab tempat karnival adalah di UPM, Serdang....!!! karnival ni bertemakan "Hijau Bumi Kita" so, kepada semua ALUMNI dan orang ramai dijemput hadir sama memeriahkan karnival ini...!!!

Karnival ni akan berlangsung selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad...[sila lihat butiran dibawah]
Tarikh   : 19 dan 20 Mac 2011 (SABTU & AHAD) 
Tempat : Kolej Mohamad Rashid, UPM 
                 Serdang, 43400 Serdang, Selangor   
                 Darul Ehsan. 
Masa      : 8.30 Pagi - 10 Malam (Sabtu) dan       
                  8.30 Pagi - 7 Malam (Ahad).
**untuk tentatif lengkap program..KLIK SINI

antara acara yang bakal diadakan adalah seperti:

  1. Booth Jualan
  2. PC Fair
  3. Blood Donation
  4. Funfair
  5. Paintball
  6. Sukan Rakyat
  7. Rakan Cop
  8. Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
  9. Demonstrasi Hukuman oleh Polis Penjara Kajang
  10. Ceramah Motivasi oleh Prof Izzudin Haji Ali (Prof Izzy Haji Ali HOT FM)
  11. Rumah Hantu (Hantu Kak Limah pun ada..!!)
  12. QalasQalas Kek Lapis Serawak pon ada...!!
dan banyak lagi acara dan pertandingan yang akan diadakan selama dua hari ni...karnival ini terbuka kepada semua (OPEN DAY)...!!! so jangan lepaskan peluang datang ke acara yang julung-julung kali diadakan ini...sempena sabtu dan ahad Cuti Sekolah ini bawalah anak-anak dan family anda untuk berhibur sebelum sesi persekolahan bermula..!!! yahoOOOoooooOOooo~~~~

Sebarang info boleh melawat website ni karma2011.blogspot.com

Thursday, March 17, 2011

First Week as MBA Student

Assalam dan Salam Sejahtera...

After the registration process ended last week ( March 7 ) this week the lecture classes have began. For this Trimester I have already registered 3 subjects which is Managerial Economics (ME), Operational Behaviour (OB) and Accounting for Decision Making (ADM)..

For the first class that is ME the lecturer, Prof Mad Nasir gave us a warm welcome to the class for the subject introduction..I was late when attending to this class because of traffic jam..never mind 'cause I've finally arrived at the break time before the second session begin..so, then we have been given some sort of sneak preview of what we're gonna learn this upcoming 13th weeks of lecture including all the assessment that we will going through..not so bad for me where this class have similar with I've learned back in my Degree year ago..hehe~

INFO | iPad 2...Nak Beli ke Tak...???


Hello...dan Salam sejahtera...!!!
Baiklah...info gadget Kali ni nak cerita dengan anda semua tentang gadget idaman ramai...yeke..???...iaitu iPad 2...baby kedua bagi produk Apple Inc. selepas iPad dipasarkan tahun lepas...mungkin ramai yang dah beli iPad 1st version so takde salahnya kalau nak beli yang 2nd generation ni kan..?! [teruskan membaca]

Wednesday, March 16, 2011

BORAK WAYANG | Merong Mahawangsa

Assalam dan salam Sejahtera...

Baiklah bertemu lagi dalam borak wayang minggu nih...macam aku da jadi wartawan yang wat liputan tentang wayang2 kat pawagam pulak..!! Ahad, 13 Mac 2011 aku dan dua orang bestfren pergi la menonton cerita epik yang ditunggu2 oleh semua peminat tempatan iaitu HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA bukan Terong Titiwangsa ye..!!!

Untuk filem KRU Studio neh aku dah dapat agak akan susah untuk mendapatkan tiket dan seat yg best so aku apa lagi terus buat online Booking kat website CATHAY Cineplex sehari sebelum itu pun 4 rows kat atas sekali dah fully booked..!!! Memang selling fast la tiket filem neh...kalah cite Khurafat yang kononnya hebat sangat tu kot..hehHe~

Aku tak meletakkan ekspektasi yang menggunung masa nak menonton filem ni sebab takut kecewa akhirnya...yelah, setakat ni belum Ada filem Melayu yang boleh kita sama tarafkan dengan filem antarabangsa kann..so, bermula la kisahnya...(teruskan membaca..)

BERITA HARIAN MEMALUKAN MALAYSIA MEMPEROLOK TSUNAMI DI JEPUN...!!!

Assalam dan Salam Sejahtera,

Berita HARIAN (BH) baru-baru ni telah dikecam hebat sejak akhbar ni mengeluarkan karikatur yang memperolok watak adiwira Jepun iaitu Ultraman...memang suatu tindakan yang boleh kita sifatkan sebagai tidak sensitif akan musibah yang menimpa mangsa Tsunami yang mungkin kehilangan IbuBapa, ahli keluarga, sanak-saudara dan teman...karikatur tersebut menunjukkan lukisan karikatur Ultraman yang melarikan diri apabila ombak besar Tsunami mengejarnya dari belakang...perkara MEMALUKAN ini juga telah disiarkan oleh CNN ke seluruh DUNIA...!!! Ianya telah memburukkan nama Malaysia secara tidak langsung disebabkan kecuaian BH  dan ianya tidak boleh dimaafkan..!!!(sila lihat gambar)

Sunday, March 13, 2011

INFO | Skim Rumah Pertamaku...!!!

Pernah tak korang terfikir nak ada rumah sendiri diusia muda atau lepasan universiti...???

Pernah tak korang idamkan rumah yang korang dapat beli guna duit sendiri...???

Anda cemburu dengan kawan2 atau saudara-mara yang gaji besar dan ada rumah sendiri...???


JANGAN RISAU...SAYA ADA PENYELESAIANNYA...!!!

.:: SKIM RUMAH PERTAMAKU ::.
(da macam iklan SmartShop pulak rasanya..hihHi~)
korang nak rumah ni..???


Mesti korang pernah terdengar atau melihat iklan atau berita kat TV pasal SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita baru2 ni...ini adalah hasil daripada Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu korang yang begitu terdesak mengidamkan mempunyai rumah sendiri sekian lama...!!

INFO | Tsunami Melanda Jepun...!!! [+VIDEOS]

[HANGAT | saksikan video amatur sebuah keluarga ketika gempa di Jepun di akhir entri...!!!]

Salam Sejahtera,

Ombak Tsunami yang mengganas di Miyagi, Jepun
Tsunami melanda bandar pantai timur laut Sendai, Miyagi di Jepun dua hari lepas berikutan gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter yang mencetuskan tsunami setinggi 10 Meter..!! (Tsunami Aceh direkodkan 30 Meter dengan 9.1-9.3 skala Richter) kejadian berlaku selepas tengah hari Jumaat, 11 Mac 2011....turut dilaporkan California dan perairan Amerika Selatan juga terkena tempias tsunami yang melanda Jepun....tsunami kali ini masih belum dapat dipastikan berapa jumlah yang terkorban namun angka kematian mangsa tsunami bukanlah untuk dibanggakan tetapi untuk kita menginsafi musibah yang melanda negara tersebut...

Tuesday, March 8, 2011

MBA Student

Assalamualaikum...

7 Mac 2011 [Isnin], adalah tarikh keramat dimana aku officially became MBA Student..!!! Wow..what a feeling and excitement to reach this level of education in my whole life..I've never thought that I finally here..huhu (sorry saje nak test writing skills in English)...hahHa..ok, this journey has just began and I've to put up all my effort much more than everything 'cause am almost arrives at my dream and ambition to become or getting the PhD title soon after my MBA...hehHe~

Even though, my English is not much fluently in speaking but then I'll try hardest to improved it..people said in order for you to be fluent in this language you better go and live in European country so you'll naturally learn the language..nowadays it is a necessity for you to known several of languages as an added values in the communication skills.

Monday, March 7, 2011

BORAK WAYANG | Beastly: Love is Never Ugly

Assalammmmm~~~~

Bertemu lagi kita dalam entri borak wayang...ok, baru je lepas menonton filem "BEASTLY" kat e@curve, Damansara ahad lepas (6hb Mac)...so, nak share la sikit pasal filem ni ngan korang semua..filem arahan Daniel Barnz yang mengisahkan sebuah cerita yang lebih kurang atau diolah serta dimodenisasikan daripada dongeng "Beauty & the Beast"..!!! (jgn cakap korang tak tau cerita tu plak..?!)

Filem ni BUKAN filem muzikal ye...sbb mentang2 yg berlakon tu Vanessa Hudgens (High School Musical).. baiklah...dimulakan cerita... Beastly ni mengisahkan seorang pelajar elit kolej 'Buckston Academy' iaitu Kyle Kingson (lakonan Alex Pettyfer) yang bertanding dalam pilihan raya kolej sebagai Presiden dimana motto dia "People like people who look good" <-- so luaran mamat ni memang macho, kacak, jambu, ramai pompuan minat...bla..bla..bla..hehe...tapi dalaman dia seorang yang boleh kita kategorikan sebagai "anak orang kaya" yang sombong, bongkak, konon dia je yg perfect, tak suka yang hodoh2...sangat menjaga penampilan gile2..!!

Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails