Wednesday, August 3, 2011

Top 10 Gelagat Berpuasa

Dalam kita berpuasa pada bulan Ramadan ini mesti kita perasan ada sesuatu yang biasa berlaku disekeliling kita di bulan lain tiba2 hilang dan berhenti daripada berlaku lagi..dan muncul pula gelagat2 mereka yang berpuasa tika tibanya Ramadhan..ini cuma hasil pemerhatian aku dan ianya hanya bacaan santai untuk tatapan pembaca setia blog ni...baiklah, jom sama2 kita baca Top 10 Gelagat Berpuasa...teehee~
  1. Takde lagi pakcik jual aiskrim yang naik motor lalu depan rumah di siang hari.
  2. Kedai2 makan, KFC, MCD, PizzaHut dll lengang..(kecuali non-muslim)
  3. Makcik yang jual nasi lemak pagi2 dah tukar shif berniaga waktu petang plak.
  4. Banyak van jenazah akan digunakan bukan untuk membawa jenazah tapi 'angkut' mereka2 yang tak puasa.
  5. Orang ramai berpusu-pusu berbelanja sakan membeli juadah berbuka kat bazaar ramadhan lebih banyak daripada bulan2 lain.
  6. Ada jugak manusia yg tak puasa gunakan anak/adik yg masih kecil belikan makanan@minuman kat kedai.
  7. Lorong Drive-thru kat McD akan selalu ada 'pelanggan' waktu tengahari...paham2 je la..hihi
  8. Iklan promosi sesuatu barangan hari raya muncul lebih awal daripada pengumuman penyimpan mohor besar Raja2 tentang tarikh bermulanya Ramadhan..hik3~
  9. Orang ramai lebih peka dengan Jualan Murah hari raya daripada peka tentang fadhilat Ramadhan.
  10. Buah Tamar/Kurma hanya popular bila tiba Ramadhan walaupun umum mengetahui ianya baik untuk kesihatan di bulan2 lain selain Ramadhan.
Walau apa pun, inilah realitinya yang berlaku di Malaysia dan paling sikit pun pasti terpalit satu dua gelagat diatas berlaku pada diri kita kan..haha..maklum la manusia namanya kan..tapi sama2 la kita tetapkan iman dan niat kita dalam mengharungi Ramadhan yg penuh keberkahan ni dengan amal ibadah semata2 kerana Allah SWT. Dan belajarlah menawan nafsu kita yang selalu mebuat kita tersimpang jauh dari jalan yang lurus..semoga ibadah puasa kita diterima olehNya...aminn~~~


Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails