Friday, August 26, 2011

INFO | Harga Maksimum Barangan Runcit 2011

Bulan Ramadhan bakal melabuhkan tirai..dan Syawal bakal menjelang. Banyak kenangan sepanjang bulan puasa yang tak dapat kita semua lupakan. Tak dilupakan juga buat anak2 yatim yang mendapat lebih perhatian sepanjang bulan Ramadhan ni..itulah 'budaya' rakyat Malaysia tiap kali tiba bulan puasa...yang kurang bernasib baek diingati...habis bulan puasa semuanya 'mati'....*sigh*

Baiklah, bukan niat nak berceloteh panjang..entri kali ni nak share dengan hangpa sume apabila dok sibuk membeli barang2 persiapan hari raya terutama bahan2 masakan seperti ayam, daging, bawang, minyak, kelapa, cili, tomato, kacang tanah dan banyak lagi...tapi tahukah korang tentang harga maksimum barang2 kawalan sempena musim perayaan bagi tahun 2011 bagi kedai runcit..??? haaa....meh sini aku share sikit bagi area Negeri Selangor ye..negeri2 lain nnti last aku bagitau naa~
  1. Ayam Standard (bogel) = RM 7.20/kg
  2. Ayam Super (bogel tanpa kepala, kaki, hati, dll) = RM 8.05/kg
  3. Daging Lembu Tempatan = RM 20.00/kg  **kedai aku jual RM 15/kg je..local/batangpinang/import**
  4. Telur Ayam = Gred A : 36sen | Gred B : 35sen | Gred C : 34sen (sebiji ye..)
  5. Kubis Bulat (Indonesia/China/Cameron Highland) = RM 3.20/kg
  6. Cili Merah = RM 11.00/kg
  7. Tomato = RM 4.50/kg
  8. Kelapa Parut = RM 1.80 ~ RM 2.00 sebiji
  9. Kacang Tanah = RM 6.50/kg
  10. Bawang Merah Kecil = RM 4.50/kg
  11. Bawang Besar Import = RM 3.00/kg **kedai aku jual RM 2.00/kg
  12. Bawang Holland = RM 4.50/kg
  13. Bawang Putih = RM 6.00/kg
  14. Ikan Kembung = RM 11.00/kg **Hari raya orang jarang makan ikan daaa...hehe**
**harga still berubah gak tgk harga pasaran/borong xleh la ikut 100% kerajaan suruh...lalala~

So, inilah semua harga2 maksimum barang2 kawalan bagi kedai runcit yang ditetapkan oleh KPDNKK dan juga sedikit info dari Azizi Mini Market *promote*. Sebelum korang membeli barang ni semua better korang hafal senarai harga ni sebelum korang berteriak "tipah tertipu bang...!!!" di kemudian hari. Sila beli kesemua barang2 keperluan raya lebih awal untuk mengelakkan kehabisan stock dan korang tak payah la nak bersesak2 dan beratur panjang kat cashier tu nanti dan menambahkan stress peniaga dengan karenah korang yang macam2 tu..macam entri aku yang ni..[Gelagat Pembeli] plan apa yang korang nak beli siap2 dari rumah, bawak bakul @ shopping bag sendiri dan jangan bergaduh laki bini depan cashier tentang sapa yang patut bayar..urghhh...buat malu je nanti...hehe~

**bagi senarai harga maksimum barang runcit bagi negeri lain sila klik link KPDNKK

Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails