Friday, August 5, 2011

Hukum Menggosok Gigi Ketika Berpuasa

Assalamualaikum....

Sedar tak sedar dah 5 hari kita semua berpuasa kan..?? Mesti banyak dugaan yang datang menguji keimanan dan puasa kita di awal Ramadhan..hehe..biasalah kita hidup di dunia ni bukan sorang2 tapi dengan ramai orang, memanglah masalah tetap akan muncul dan kita perlulah bijak menanganinya daripada menjadi bertambah buruk betul tak kawan2 semua..?!

Baiklah, sebenarnya aku nak tanya dengan korang semua pembaca belog aku yang setia ni pernah tak korang menggosok gigi di siang hari selepas waktu imsak..??? mesti pernah kan..??hehe..korang tau tak apa hukumnya..?? bukan apa kita semua memanglah mementingkan kebersihan terutama bau mulut sebab kita akan sentiasa berinteraksi dengan orang lain setiap hari. Tapi kita perlu tau hukum perkara ini dilakukan ketika BERPUASA..!!


Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Aroma mulut orang yang puasa, lebih harum di sisi Allah dibandingkan dengan aroma minyak misik”(Riwayat Muslim, Tirmizi dan lain2)

Ulama Syafi’i, Maliki dan Hanafi juga ada mengatakan bahawa bersiwak, termasuk juga mengosok gigi,  keduanya mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membersihkan mulut, dan hukumnya adalah MAKRUH setelah waktu masuk waktu ZUHUR hingga MAGHRIB. Bahkan jika kita semua melakukannya pada waktu pagi hingga siang ianya adalah disunnahkan. Memang benar seperti yang kita semua sedia maklum, bau mulut orang yang berpuasa memang kurang sedap aromanya selepas waktu siang (maklumla bila dah panas semua bau naik)..hehe..Tetapi perlu diingat bahawa aroma tersebut amat dititikberatkan dan mempunyai kepentingan di sisi Allah SWT, maka adalah makruh menghilangkannya dengan bersiwak/bersugi/menggosok gigi.
So, adalah lebih afdal jika korang menggosok gigi/bersugi selepas bersahur..tapi kalau tak sempat gosoklah sebelum masuk waktu solat Zuhur ye..kalau nak pakai toothpaste(ubat gigi) tu pon berpada2 la jangan sampai rasa pudina ke strawberi ke 'terlajak' masuk dalam perut korang..abes terbatal puasa kan dah rugi..hehe.."terlajak sampan boleh diundur, terlajak telan sendiri pikiaqqq..?!"

HUKUM MAKRUH:
"Bila ditinggalkan mendapat pahala, tetapi jika dilakukan pula tidak mendapat dosa."


Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails