Tuesday, August 2, 2011

Aku Tak Puasa

Assalamualaikum....

Apa khabar semua...??? Puasa ke arini..??? hehe..sebelum bercakap panjang lebar aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1423H kepada semua muslimin da muslimat yang setia membaca entri2 kat blog aku ni...MEKASEEEHHH~~~

Sebenarnya, 1st entri untuk bulan Ramadhan ni aku nk cerita tentang hari pertama orang2 kampung aku berbelanja barang2 keperluan untuk berbuka puasa. Seperti yang dijangka arus perjalanan kat kedai aku memang sesak dan ramai yg beratur panjang kat cashier. Actually kedai aku buka dari seawal pagi jam 7.00am...bayangkan waktu camtu pun orang dah start berbelanja sebab nak barang fresh macam ikan dan sayur yang baru sampai dari pasar borong. Dalam tengahari dah makin reda tapi ada gak la yang beli air, roti, biskut dll..puasa @ tak puasa tu hal diorang dengan tuhan kita berperasangka baik je la..mana tau ada anak kecil kot kat rumah orang tu..kan...???

Sampai je waktu petang, inilah kemuncak kesesakan kat kedai aku bila orang2 kampung yang baru balik kerja membeli barang2 untuk berbuka dan kebetulan kawasan sekitar kedai aku tu dah macam bazaar ramadhan dengan ada peniaga yang menjual bermacam2 kuih-muih, air berperisa, lauk-pauk dan lain2. Berbalik pada kedai aku, suasana kat cashier memang tension dengan customer yang 1001 gelagat (baca entri ni) memang memeningkan kepala dan menduga kesabaran aku yang berpuasa. Tapi aku anggap semua tu dugaan dan cabaran yang perlu aku tempuh sepanjang bulan Ramadhan ni...heehe~

Owh, nak tau sebab apa tajuk entri "AKU TAK PUASA"...sebenarnya aku nak bagitau aku tak puasa hari ahad lepas sebab kita puasa isnin 1hb Ogos 2011....itu je..teehee..jangan marah ek...baiklah sempena bulan ramadhan ni aku akan share dengan semua readers aku tentang info2 berkaitan dengan Puasa dan Ramadhan. Pastikan anda sentiasa alert dengan entri2 terbaru ek...*bajet blogger femes*..lalala~

Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails