Tuesday, August 30, 2011

Salam Lebaran Dari Seoul, Korea

Assalamualaikum WBT...
Hari Raya Aidilfitri muncul lagi...tak kesah la apa pun ungkapan yang disebut oleh semua umat Islam seluruh dunia, yang pasti ianya adalah hari kita meraikan kemenangan selepas hampir sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan. Lupakan kisah lama, dendam kesumat, benci-membenci, umpatan, dengki dan banyak lagi dengan saling bermaaf-maafan (kalau tak dapat maafkan, itu hak masing2..hehe~)

Baiklah sempena hari yang mulia di bulan Syawal yang mulia ni, saya 
Azizi Fakhrullah Bin Alibasyah
ingin memberi korang semua kad raya elektronik *cewah* seperti dibawah ni...takde la pandai sangat ngedit gambo  setakat edit guna iPhone4 aku tu je..jadi la kan..so, terimalah e-card yang simple ikhlas dari hatiku ibarat minyak seri murni...suci dan bersih...kih3 :p



KOREA...????
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
***ok fine aku bukan kat Korea tapi still kat Malaysia...hehe..dah buat salah baru boleh mintak Maaf Zahir & Batin...semoga Syawal kali ni membawa seribu kegembiraan buat kita semua...tu la berangan nak sangat sangat kann...btw, apa2 pun terima kasih buat semua Sahabat dan READERS blog AziziBasyah.com yang tak jemu2 menjengah blog ni siang malam walaupun tak best mana kot...maklum la blog ni tak sehebat blogger otai lain tu kan...it's okay janji ini kepuasan aku dalam blogging...dan ada pihak yang menghargainya..Mekaseeeehhhhhh~~~ 
- Posted via my iPhone

Friday, August 26, 2011

INFO | Harga Maksimum Barangan Runcit 2011

Bulan Ramadhan bakal melabuhkan tirai..dan Syawal bakal menjelang. Banyak kenangan sepanjang bulan puasa yang tak dapat kita semua lupakan. Tak dilupakan juga buat anak2 yatim yang mendapat lebih perhatian sepanjang bulan Ramadhan ni..itulah 'budaya' rakyat Malaysia tiap kali tiba bulan puasa...yang kurang bernasib baek diingati...habis bulan puasa semuanya 'mati'....*sigh*

Baiklah, bukan niat nak berceloteh panjang..entri kali ni nak share dengan hangpa sume apabila dok sibuk membeli barang2 persiapan hari raya terutama bahan2 masakan seperti ayam, daging, bawang, minyak, kelapa, cili, tomato, kacang tanah dan banyak lagi...tapi tahukah korang tentang harga maksimum barang2 kawalan sempena musim perayaan bagi tahun 2011 bagi kedai runcit..??? haaa....meh sini aku share sikit bagi area Negeri Selangor ye..negeri2 lain nnti last aku bagitau naa~
  1. Ayam Standard (bogel) = RM 7.20/kg
  2. Ayam Super (bogel tanpa kepala, kaki, hati, dll) = RM 8.05/kg
  3. Daging Lembu Tempatan = RM 20.00/kg  **kedai aku jual RM 15/kg je..local/batangpinang/import**
  4. Telur Ayam = Gred A : 36sen | Gred B : 35sen | Gred C : 34sen (sebiji ye..)
  5. Kubis Bulat (Indonesia/China/Cameron Highland) = RM 3.20/kg
  6. Cili Merah = RM 11.00/kg
  7. Tomato = RM 4.50/kg
  8. Kelapa Parut = RM 1.80 ~ RM 2.00 sebiji
  9. Kacang Tanah = RM 6.50/kg
  10. Bawang Merah Kecil = RM 4.50/kg
  11. Bawang Besar Import = RM 3.00/kg **kedai aku jual RM 2.00/kg
  12. Bawang Holland = RM 4.50/kg
  13. Bawang Putih = RM 6.00/kg
  14. Ikan Kembung = RM 11.00/kg **Hari raya orang jarang makan ikan daaa...hehe**
**harga still berubah gak tgk harga pasaran/borong xleh la ikut 100% kerajaan suruh...lalala~

So, inilah semua harga2 maksimum barang2 kawalan bagi kedai runcit yang ditetapkan oleh KPDNKK dan juga sedikit info dari Azizi Mini Market *promote*. Sebelum korang membeli barang ni semua better korang hafal senarai harga ni sebelum korang berteriak "tipah tertipu bang...!!!" di kemudian hari. Sila beli kesemua barang2 keperluan raya lebih awal untuk mengelakkan kehabisan stock dan korang tak payah la nak bersesak2 dan beratur panjang kat cashier tu nanti dan menambahkan stress peniaga dengan karenah korang yang macam2 tu..macam entri aku yang ni..[Gelagat Pembeli] plan apa yang korang nak beli siap2 dari rumah, bawak bakul @ shopping bag sendiri dan jangan bergaduh laki bini depan cashier tentang sapa yang patut bayar..urghhh...buat malu je nanti...hehe~

**bagi senarai harga maksimum barang runcit bagi negeri lain sila klik link KPDNKK

Thursday, August 18, 2011

ROTFL | Mak Korang Ada Facebook...???

Mesti ramai yang pelik kenapa aku buat tajuk entri ni. Bukan apa, sekadar nak membuka minda korang yang mungkin kadang2 'lurus' sangat sampai tak boleh nak 'bengkang-bengkok' sikit....(jangan nak fikir bukan2 pulak...Grrr~~). Baiklah, kali ni aku nak share sikit 7 Sebab Mengapa Ibu Anda Tidak Perlu Jadi Rakan Facebook Anda....sama2 kita hayati ye...kih3~


Still tak percaya...??? ha...ni aku bagi sebab ke-8...lalala~


p/s: tapi kalau korang still rasa mak korang takkan buat benda2 kat atas ni, korang boleh la teruskan niat korang add mak korang...hehe..luckily, mak aku memang takde FB...kih3~
**credit: csectioncomics.com

Tuesday, August 16, 2011

ROTFL | Persepsi Pengguna iPhone vs Android vs Blackberry

Ini adalah bagaimana persepsi pengguna telefon pintar terhadap satu sama lain:

Dan ini ialah bagaimana persepsi pengguna telefon pintar terhadap pengguna 2G...

#credit: csectioncomics.com

Friday, August 5, 2011

Hukum Menggosok Gigi Ketika Berpuasa

Assalamualaikum....

Sedar tak sedar dah 5 hari kita semua berpuasa kan..?? Mesti banyak dugaan yang datang menguji keimanan dan puasa kita di awal Ramadhan..hehe..biasalah kita hidup di dunia ni bukan sorang2 tapi dengan ramai orang, memanglah masalah tetap akan muncul dan kita perlulah bijak menanganinya daripada menjadi bertambah buruk betul tak kawan2 semua..?!

Baiklah, sebenarnya aku nak tanya dengan korang semua pembaca belog aku yang setia ni pernah tak korang menggosok gigi di siang hari selepas waktu imsak..??? mesti pernah kan..??hehe..korang tau tak apa hukumnya..?? bukan apa kita semua memanglah mementingkan kebersihan terutama bau mulut sebab kita akan sentiasa berinteraksi dengan orang lain setiap hari. Tapi kita perlu tau hukum perkara ini dilakukan ketika BERPUASA..!!


Dalam sebuah hadis sahih Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Aroma mulut orang yang puasa, lebih harum di sisi Allah dibandingkan dengan aroma minyak misik”(Riwayat Muslim, Tirmizi dan lain2)

Ulama Syafi’i, Maliki dan Hanafi juga ada mengatakan bahawa bersiwak, termasuk juga mengosok gigi,  keduanya mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk membersihkan mulut, dan hukumnya adalah MAKRUH setelah waktu masuk waktu ZUHUR hingga MAGHRIB. Bahkan jika kita semua melakukannya pada waktu pagi hingga siang ianya adalah disunnahkan. Memang benar seperti yang kita semua sedia maklum, bau mulut orang yang berpuasa memang kurang sedap aromanya selepas waktu siang (maklumla bila dah panas semua bau naik)..hehe..Tetapi perlu diingat bahawa aroma tersebut amat dititikberatkan dan mempunyai kepentingan di sisi Allah SWT, maka adalah makruh menghilangkannya dengan bersiwak/bersugi/menggosok gigi.
So, adalah lebih afdal jika korang menggosok gigi/bersugi selepas bersahur..tapi kalau tak sempat gosoklah sebelum masuk waktu solat Zuhur ye..kalau nak pakai toothpaste(ubat gigi) tu pon berpada2 la jangan sampai rasa pudina ke strawberi ke 'terlajak' masuk dalam perut korang..abes terbatal puasa kan dah rugi..hehe.."terlajak sampan boleh diundur, terlajak telan sendiri pikiaqqq..?!"

HUKUM MAKRUH:
"Bila ditinggalkan mendapat pahala, tetapi jika dilakukan pula tidak mendapat dosa."


Wednesday, August 3, 2011

Top 10 Gelagat Berpuasa

Dalam kita berpuasa pada bulan Ramadan ini mesti kita perasan ada sesuatu yang biasa berlaku disekeliling kita di bulan lain tiba2 hilang dan berhenti daripada berlaku lagi..dan muncul pula gelagat2 mereka yang berpuasa tika tibanya Ramadhan..ini cuma hasil pemerhatian aku dan ianya hanya bacaan santai untuk tatapan pembaca setia blog ni...baiklah, jom sama2 kita baca Top 10 Gelagat Berpuasa...teehee~
  1. Takde lagi pakcik jual aiskrim yang naik motor lalu depan rumah di siang hari.
  2. Kedai2 makan, KFC, MCD, PizzaHut dll lengang..(kecuali non-muslim)
  3. Makcik yang jual nasi lemak pagi2 dah tukar shif berniaga waktu petang plak.
  4. Banyak van jenazah akan digunakan bukan untuk membawa jenazah tapi 'angkut' mereka2 yang tak puasa.
  5. Orang ramai berpusu-pusu berbelanja sakan membeli juadah berbuka kat bazaar ramadhan lebih banyak daripada bulan2 lain.
  6. Ada jugak manusia yg tak puasa gunakan anak/adik yg masih kecil belikan makanan@minuman kat kedai.
  7. Lorong Drive-thru kat McD akan selalu ada 'pelanggan' waktu tengahari...paham2 je la..hihi
  8. Iklan promosi sesuatu barangan hari raya muncul lebih awal daripada pengumuman penyimpan mohor besar Raja2 tentang tarikh bermulanya Ramadhan..hik3~
  9. Orang ramai lebih peka dengan Jualan Murah hari raya daripada peka tentang fadhilat Ramadhan.
  10. Buah Tamar/Kurma hanya popular bila tiba Ramadhan walaupun umum mengetahui ianya baik untuk kesihatan di bulan2 lain selain Ramadhan.
Walau apa pun, inilah realitinya yang berlaku di Malaysia dan paling sikit pun pasti terpalit satu dua gelagat diatas berlaku pada diri kita kan..haha..maklum la manusia namanya kan..tapi sama2 la kita tetapkan iman dan niat kita dalam mengharungi Ramadhan yg penuh keberkahan ni dengan amal ibadah semata2 kerana Allah SWT. Dan belajarlah menawan nafsu kita yang selalu mebuat kita tersimpang jauh dari jalan yang lurus..semoga ibadah puasa kita diterima olehNya...aminn~~~


Tuesday, August 2, 2011

Aku Tak Puasa

Assalamualaikum....

Apa khabar semua...??? Puasa ke arini..??? hehe..sebelum bercakap panjang lebar aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1423H kepada semua muslimin da muslimat yang setia membaca entri2 kat blog aku ni...MEKASEEEHHH~~~

Sebenarnya, 1st entri untuk bulan Ramadhan ni aku nk cerita tentang hari pertama orang2 kampung aku berbelanja barang2 keperluan untuk berbuka puasa. Seperti yang dijangka arus perjalanan kat kedai aku memang sesak dan ramai yg beratur panjang kat cashier. Actually kedai aku buka dari seawal pagi jam 7.00am...bayangkan waktu camtu pun orang dah start berbelanja sebab nak barang fresh macam ikan dan sayur yang baru sampai dari pasar borong. Dalam tengahari dah makin reda tapi ada gak la yang beli air, roti, biskut dll..puasa @ tak puasa tu hal diorang dengan tuhan kita berperasangka baik je la..mana tau ada anak kecil kot kat rumah orang tu..kan...???

Sampai je waktu petang, inilah kemuncak kesesakan kat kedai aku bila orang2 kampung yang baru balik kerja membeli barang2 untuk berbuka dan kebetulan kawasan sekitar kedai aku tu dah macam bazaar ramadhan dengan ada peniaga yang menjual bermacam2 kuih-muih, air berperisa, lauk-pauk dan lain2. Berbalik pada kedai aku, suasana kat cashier memang tension dengan customer yang 1001 gelagat (baca entri ni) memang memeningkan kepala dan menduga kesabaran aku yang berpuasa. Tapi aku anggap semua tu dugaan dan cabaran yang perlu aku tempuh sepanjang bulan Ramadhan ni...heehe~

Owh, nak tau sebab apa tajuk entri "AKU TAK PUASA"...sebenarnya aku nak bagitau aku tak puasa hari ahad lepas sebab kita puasa isnin 1hb Ogos 2011....itu je..teehee..jangan marah ek...baiklah sempena bulan ramadhan ni aku akan share dengan semua readers aku tentang info2 berkaitan dengan Puasa dan Ramadhan. Pastikan anda sentiasa alert dengan entri2 terbaru ek...*bajet blogger femes*..lalala~

Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails