Saturday, July 2, 2011

Jom Borak Pasal BERSIH 2.0


BERSIH 2.0 (dah macam software update plak ada 2.0 pasni 3.0..huhu) kembali melanda Malaysia 9hb Julai 2011...?!
tak pasal-pasal aku pon TER-promote logo BERSIH 2.0 ni..hehe~
Mungkin dah ramai yang tahu tujuan sebenar rally/perhimpunan BERSIH 2.0 ni untuk menggesa sistem pilihan raya yang lebih effisien dan telus tanpa wujudnya pengundi2 hantu..oh, sebelum tu kalau korang belum lagi mendaftar sebagai pengundi sila klik SINI...pastikan korang betul2 layak untuk mengundi sebab undi anda penentu masa depan negara...!!!

Aku pon sebenarnya bukanlah menentang isu yang dibangkitkan..siapa yang tak mahu sistem pilihan raya yang lebih telus dan 'bersih'...aku pon nak undi aku dikira sebagai undi sah penentu pentadbir negara kelak...!! BERSIH 2.0 adalah perhimpunan secara AMAN untuk memberi memorandum kepada pihak yang berkaitan supaya mengambil kira cadangan penambahbaikan yang BERSIH 2.0 dan semua rakyat (tak pasti la semua kann..) ingin utarakan. Cuma aku rasa perkara ini mungkin ada cara lain selain daripada buat perhimpunan camni yang mungkin memberi effect kepada ekonomi, perlancongan dan imej Malaysia sebagai negara stabil terjejas dimata dunia...!!!

Tapi, mungkin sebab provokasi dari pihak2 tertentu perkara ini menjadi negatif dan dilabel sebagai HARAM..sampai dalam khutbah Jumaat pon turut diselitkan amaran menyertai perhimpunan haram ni. Pada dasarnya memang la aku menentang tapi lama-kelamaan makin bercelaru pulak jadinya sehingga aku menjangkakan Malaysia bakal diisytihar DARURAT pada 9Julai ni...tak dapat aku bayangkan kalau benda ni betul2 terjadi. Semalam je (1Julai) dah ada satu demo kat Komtar, Penang menentang PKR, Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng dan BERSIH 2.0 lepas ni mane plak nak demo...?? Pemuda UMNO pun nak wat skuad demo gak dgn nama PATRIOT...patutnya semua demo diharamkan terus bukan BERSIH 2.0 je...aku pun sedih gak diorg ni nak lawan demo BERSIH 2.0 ngan demo PATRIOT pulak..kalau macam ni sama je la dua2 pihak ni...PATRIOT nak halang BERSIH 2.0 sekali yang bergaduh Melayu dengan Melayu..sape yang untung sape yang rugi korang fikir sendiri ye...?!

Tak kisah la apa pun tujuan mereka2 yang menyertai BERSIH 2.0 ni mungkin ada yang sekadar ingin menyokong usaha murni yang inginkan pilihan raya yang telus dan mungkin juga ada yang berunsur politik untuk menjatuhkan parti2 tertentu...itu terpulang pada rakyat malaysia untuk menentukannya..yang pasti aku tak terlibat dan aku mendoakan semoga pada 9hb Julai 2011 tu nanti akan memberi sejuta hikmah dan pengajaran kepada semua pihak yang terlibat. Kalau betul nak buat secara aman buat betul2 aman..jangan ada harta benda yang rosak..jangan ada yang cedera..jangan ada yang hilang ahli keluarga..dan yang paling penting jangan ada yang HILANG MARUAH DIRI...!!! 

Oh, lagi satu aku dengar ada amaran dilarang memakai sebarang bentuk tulisan BERSIH atau warna kuning kerana anda mungkin ditangkap disebabkan memberi publisiti kepada BERSIH 2.0 pada 9hb Julai ni...patutla masa  Malaysia Vs Taiwan (Chinese Taipei) dalam kelayakan Piala Dunia 29 Jun lepas Team Malaysia pakai jersi biru...haha...ada juga aku dengar BERSIH 2.0 ni rekaan Maxis dengan Celcom untuk menjatuhkan Digi...abesla yellow man kene tangkap lepas ni..kih3..kalau macam tu YDPA pon tak boleh la pakai pakaian rasmi diRaja sebab warna kuning gak kan..hurmm...betul tak, lagipun dalam rang undang2 pun takde pulak larangan memakai pakaian warna kuning...diharap pihak berkuasa tak cepat melatah dalam isu2 camni sebab ianya akan menguntungkan pihak lawan je...be rasional la...aku pon nak hidup dalam negara yang aman damai...PEACE~

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.


Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!


Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.


Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.


24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails