Sunday, July 10, 2011

Bersih 2.0 Memalukan Malaysia [VIDEO + Refleksi]


INI KE YANG KORANG SEMUA NAK....MEMALUKAN NEGARA...!!! ANDAI SUATU HARI NANTI PEMBANGKANG YANG MEMEGANG TAMPUK KEPIMPINAN NEGARA MASA ITU LA NANTI BARU KORANG NAK MENYESAL DAN KENAL YANG MANA KACA DAN YANG MANA PERMATA...!!!
AKU BERHARAP MEREKA YANG TURUT SERTA DAN MENYOKONG BERSIH 2.0 TU SUATU HARI NANTI AKAN TERSEDAR DAN MENYESAL AKIBAT PERBUATAN YANG KORANG DAH BUAT NI...PADA MASA TU AKU HANYA AKAN BERKATA..
"KAN AKU DAH CAKAP...TU LAH KORANG DEGIL DAN BUTA....!!"(atau sebaliknya...) 




Daripada 100ribu orang yang dijangka akan menyertai rally BERSIH 2.0 ni hanya lebih kurang 50ribu atau mungkin 20ribu orang yang menyertai rally haram ni....seramai 1667 orang ditahan polis..ketua2 Pakatan Rakyat dan ketua pemuda UMNO pon ditahan..titah Agong diingkari...ini ke rakyat Malaysia...???dan yang paling menyedihkan seorang warga emas meninggal dunia...INI YANG KORANG NAK..???

Pak Samad boleh cakap rally BERSIH ni berjaya...ya, dengan ada yang terbunuh..?! siapa pembunuh...??? fikir sendiri...Sekarang ianya bukanlah isu mahukan pilihanraya yang bersih tapi untuk mencemarkan imej PM di mata dunia...dimana Najib juga adalah ahli majlis Hak Asasi Manusia di PBB mewakili Malaysia...YA, korang dah berjaya menjatuhkan imej Najib...korang puas...???pada akhirnya tiada memorandum atau resolusi yang ingin diserahkan kepada YDPA...ramai peniaga menanggung kerugian, KL dipenuhi sampah 'BERSIH', ramai yang terkandas di jalanraya berjam-jam dan melumpuhkan ekonomi negara...Takziah dan 'Tahniah'...!!

REFLEKSI SECARA UMUM:
Biarlah kedua2 pihak kerajaan dan pembangkang fikir sejenak dengan akal yang waras apakah hikmah disebalik yang berlaku 9 Julai 2011 ni...dan isu penyatuan bangsa bukanlah untuk satu bangsa je iaitu MELAYU...kenapa perlu Melayu yang bersatu dan bukan semua bangsa yang bersatu sebagai 1Malaysia...YA, Melayu memang ada keistimewaannya dalam Perlembagaan tetapi cuba kerajaan fikirkan jugak bangsa lain..mungkin ini antara puncanya..kita sibuk mengutamakan satu bangsa itu sahaja sampai lupa kita telah menganaktirikan bangsa lain yang juga warganegara MALAYSIA secara tak sengaja, pernahkah kita letak diri kita ditempat mereka...??kita ini hanya manusia yang hidup sementara di dunia ciptaan Tuhan dan semua makhluknya berhak menikmati hak mereka dan keamanan hidup di dunia ini...!!

Buat Pembangkang, tolonglah jangan memalukan Malaysia lagi...carilah alternatif lain yang lebih bijaksana tanpa perlu ada rusuhan dan pertumpahan darah...kalaulah ini tauladan yang anda mahu tunjukkan pada kami, tak mustahil bila anda yang menjadi pemimpin perkara sama akan berulang pada anda kerana karma politik tak dapat lari dari penyalahgunaan kuasa bila diri dikuasai nafsu...dan jangan tutup kelemahan sendiri dengan memburukkan orang lain...percayalah pada balasan Tuhan diatas setiap perbuatan yang kita lakukan...!! Matlamat anda adalah betul tetapi bukankah banyak peluang yang telah diberi untuk bermusyawarah...???

Akhir kata, aku harap ini yang terakhir tapi aku juga percaya tak mustahil ianya bakal berlaku lagi suatu hari nanti kerana manusia itu tidak pernah puas dengan nikmat yang diberikanNYa, dan manusia itu tidak dapat lari dari melakukan kekhilafan, manusia itu juga lupa untuk berSYUKUR, dan manusia itu juga akan terus menjadi 'manusia' selamanya...apa yang boleh kita lakukan adalah saling menasihati dan memperingati antara satu sama lain supaya kita tidak tersasar jauh...insyaAllah~

Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails