Sunday, July 24, 2011

Aku Dah BLOCK Facebook Dia...!!!



kenapa kita perlu block seseorang kat Facebook(FB)..??sebabnya adalah kita dah meluat dan tak berapa berkenan dengan orang tu atas sebab2 tertentu yang mungkin menyentuh soal peribadi dan pendirian hidup.

Bukan nak menambah musuh atau memutuskan silaturahmi, tetapi sebagai langkah untuk mengelakkan sejarah lampau berulang kembali. Mungkin ini yang terbaik untuk semua pihak supaya tiada lagi persengketaan wujud. Mungkin ada juga yang mengatakan tindakan ini adalah seperti melarikan diri dari masalah tapi terpulang pada individu yang terlibat untuk membuat keputusan mereka sendiri sebab itu hak masing2.

FB adalah laman sosial tempat untuk kita bertemu secara maya dengan rakan taulan dan menambah kenalan baru. Tapi apa bagusnya kalau ia hanya membuat luka lama berdarah kembali...betul tak..??
sekarang orang dah tak main tikam belakang..tikam depan terus...Dunia oh Dunia...!!
P/S: sebenarnya entri ni dibuat setelah aku block seseorang di FB...siapa dia..??biar aku je la yang tau..hehe~

Saturday, July 23, 2011

Demam Drama Korea | INFO + Links + Top 3



Gelombang HALLYU (Demam Korea)sebenarnya dah lama menular di Malaysia dan seluruh dunia dan antara pesakit @ penggemar FANATIKnya adalah AKU..hehe...sehari tak dapat tengok cerita korea memang tak sah, sila haribulan aku pindah duduk kat korea terus...hahaha~

Bukanlah nak mengagungkan negara luar tapi memang telah terbukti karya2 seni termasuklah Music K-Pop, Drama, Reality Show, dan Film daripada Korea berjaya memikat hati peminat2 seni diseluruh dunia...tak kesah la korang lelaki atau perempuan, takde salahnya kalau menonton cerita2 atau lagu2 Korea..ok lah malas nak celoteh panjang, sebenarnya aku nak kongsi ngan korang TOP 3 website yang biasa aku gunakan sebagai sumber mencari cerita2 terbaru daripada Korea...korang boleh streaming @ download (berbayar)..jom kita serbu~~~

1. DRAMALOAD


Sebenarnya aku baru je tau pasal website ni daripada kawan aku, bila aku tgk UI website teramatlah user-friendly, so aku tanpa teragak2 terus register as Premium User (HD Video Quality) untuk men'download' semua Drama2 Korea yang latest dan kalau korang nak streaming pon boleh..mostly link dia memang okay dan ada yg HD gak...hehe~

Jom terjah : www.dramaload.com

2. MYSOJU


Website ni la yang mula2 aku terjah untuk melepaskan gejolak hati untuk menonton cerita2 Korea dan Jepun. Banyak info tentang drama dan pelakon cerita2 tersebut dan kalau klik pada nama pelakon tu kita boleh lihat senarai filem lain yang dia turut berlakon...website ni hanya boleh streaming sahaja...ok gak la~

Jom terjah : www.mysoju.com

3. DRAMACRAZY


Kat sini pon terbaikla kalau korang nak streaming cerita2 korea sebab ada banyak pilihan untuk streaming source for every drama...siap ada subtitles, so jangan risau la..hehe~

Jom terjah : www.dramacrazy.net 

**Antara Drama2 korea yang aku nak recommend kat korang semua adalah:


                   Can You Hear My Heart         City Hunter             Dream High                


                          Secret Garden           Mischievous Kiss       Sungkyunkwan Scandal 


                                               Miss Ripley                         Marry Me, Mary



Sunday, July 10, 2011

Bersih 2.0 Memalukan Malaysia [VIDEO + Refleksi]


INI KE YANG KORANG SEMUA NAK....MEMALUKAN NEGARA...!!! ANDAI SUATU HARI NANTI PEMBANGKANG YANG MEMEGANG TAMPUK KEPIMPINAN NEGARA MASA ITU LA NANTI BARU KORANG NAK MENYESAL DAN KENAL YANG MANA KACA DAN YANG MANA PERMATA...!!!
AKU BERHARAP MEREKA YANG TURUT SERTA DAN MENYOKONG BERSIH 2.0 TU SUATU HARI NANTI AKAN TERSEDAR DAN MENYESAL AKIBAT PERBUATAN YANG KORANG DAH BUAT NI...PADA MASA TU AKU HANYA AKAN BERKATA..
"KAN AKU DAH CAKAP...TU LAH KORANG DEGIL DAN BUTA....!!"(atau sebaliknya...) 




Daripada 100ribu orang yang dijangka akan menyertai rally BERSIH 2.0 ni hanya lebih kurang 50ribu atau mungkin 20ribu orang yang menyertai rally haram ni....seramai 1667 orang ditahan polis..ketua2 Pakatan Rakyat dan ketua pemuda UMNO pon ditahan..titah Agong diingkari...ini ke rakyat Malaysia...???dan yang paling menyedihkan seorang warga emas meninggal dunia...INI YANG KORANG NAK..???

Pak Samad boleh cakap rally BERSIH ni berjaya...ya, dengan ada yang terbunuh..?! siapa pembunuh...??? fikir sendiri...Sekarang ianya bukanlah isu mahukan pilihanraya yang bersih tapi untuk mencemarkan imej PM di mata dunia...dimana Najib juga adalah ahli majlis Hak Asasi Manusia di PBB mewakili Malaysia...YA, korang dah berjaya menjatuhkan imej Najib...korang puas...???pada akhirnya tiada memorandum atau resolusi yang ingin diserahkan kepada YDPA...ramai peniaga menanggung kerugian, KL dipenuhi sampah 'BERSIH', ramai yang terkandas di jalanraya berjam-jam dan melumpuhkan ekonomi negara...Takziah dan 'Tahniah'...!!

REFLEKSI SECARA UMUM:
Biarlah kedua2 pihak kerajaan dan pembangkang fikir sejenak dengan akal yang waras apakah hikmah disebalik yang berlaku 9 Julai 2011 ni...dan isu penyatuan bangsa bukanlah untuk satu bangsa je iaitu MELAYU...kenapa perlu Melayu yang bersatu dan bukan semua bangsa yang bersatu sebagai 1Malaysia...YA, Melayu memang ada keistimewaannya dalam Perlembagaan tetapi cuba kerajaan fikirkan jugak bangsa lain..mungkin ini antara puncanya..kita sibuk mengutamakan satu bangsa itu sahaja sampai lupa kita telah menganaktirikan bangsa lain yang juga warganegara MALAYSIA secara tak sengaja, pernahkah kita letak diri kita ditempat mereka...??kita ini hanya manusia yang hidup sementara di dunia ciptaan Tuhan dan semua makhluknya berhak menikmati hak mereka dan keamanan hidup di dunia ini...!!

Buat Pembangkang, tolonglah jangan memalukan Malaysia lagi...carilah alternatif lain yang lebih bijaksana tanpa perlu ada rusuhan dan pertumpahan darah...kalaulah ini tauladan yang anda mahu tunjukkan pada kami, tak mustahil bila anda yang menjadi pemimpin perkara sama akan berulang pada anda kerana karma politik tak dapat lari dari penyalahgunaan kuasa bila diri dikuasai nafsu...dan jangan tutup kelemahan sendiri dengan memburukkan orang lain...percayalah pada balasan Tuhan diatas setiap perbuatan yang kita lakukan...!! Matlamat anda adalah betul tetapi bukankah banyak peluang yang telah diberi untuk bermusyawarah...???

Akhir kata, aku harap ini yang terakhir tapi aku juga percaya tak mustahil ianya bakal berlaku lagi suatu hari nanti kerana manusia itu tidak pernah puas dengan nikmat yang diberikanNYa, dan manusia itu tidak dapat lari dari melakukan kekhilafan, manusia itu juga lupa untuk berSYUKUR, dan manusia itu juga akan terus menjadi 'manusia' selamanya...apa yang boleh kita lakukan adalah saling menasihati dan memperingati antara satu sama lain supaya kita tidak tersasar jauh...insyaAllah~

Saturday, July 9, 2011

INFO | Elakkan Melalui Jalan Yang Dikhuatiri 'KOTOR' pada 9 Julai 2011

Pihak polis akan membuat penutupan / lencongan jalan di sekitar Kuala Lumpur bermula hari ini, Sabtu

(9 Julai 2011).

Jalan-jalan yang terlibat adalah:
  • Sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.
  • Sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara.
  • Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, 
  • Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.
Semua pihak diminta memberi kerjasama untuk sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan arahan semasa oleh anggota polis trafik yang membuat kawalan. Orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di pusat bandar dinasihatkan agar tidak memasuki kawasan berkenaan pada tarikh tersebut (9 Julai 2011) bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Sumber : IPK Kuala Lumpur

Wednesday, July 6, 2011

INFO | Malaysia HOTLINES Number


Mungkin ramai jugak yang tak tau tentang nombor-nombor PENTING yang perlu diorang ada dalam handphone atau phonebook. So, kalau korang rase korang perlu tau dan prihatin tentang benda ni korang perlu buka link yang aku dah sediakan kat bawah ni untuk mengetahui nombor hotline di malaysia.

Cuba korang bayangkan bila suatu hari tetibe berlaku emergency or accident depan mata korang dan korang plak tak tau ape nombor kecemasan yang perlu korang call..mesti korang rase menyesal sangat sebab tak salin nombor hotline kat blog azizibasyah.com aritu kan..???hahaha...padan muka..!!!

So, malas nak cerita panjang lebar korang klik je la link kat bawah ni untuk paparan senarai nombor Hotline:

Saturday, July 2, 2011

Jom Borak Pasal BERSIH 2.0


BERSIH 2.0 (dah macam software update plak ada 2.0 pasni 3.0..huhu) kembali melanda Malaysia 9hb Julai 2011...?!
tak pasal-pasal aku pon TER-promote logo BERSIH 2.0 ni..hehe~
Mungkin dah ramai yang tahu tujuan sebenar rally/perhimpunan BERSIH 2.0 ni untuk menggesa sistem pilihan raya yang lebih effisien dan telus tanpa wujudnya pengundi2 hantu..oh, sebelum tu kalau korang belum lagi mendaftar sebagai pengundi sila klik SINI...pastikan korang betul2 layak untuk mengundi sebab undi anda penentu masa depan negara...!!!

Aku pon sebenarnya bukanlah menentang isu yang dibangkitkan..siapa yang tak mahu sistem pilihan raya yang lebih telus dan 'bersih'...aku pon nak undi aku dikira sebagai undi sah penentu pentadbir negara kelak...!! BERSIH 2.0 adalah perhimpunan secara AMAN untuk memberi memorandum kepada pihak yang berkaitan supaya mengambil kira cadangan penambahbaikan yang BERSIH 2.0 dan semua rakyat (tak pasti la semua kann..) ingin utarakan. Cuma aku rasa perkara ini mungkin ada cara lain selain daripada buat perhimpunan camni yang mungkin memberi effect kepada ekonomi, perlancongan dan imej Malaysia sebagai negara stabil terjejas dimata dunia...!!!

Tapi, mungkin sebab provokasi dari pihak2 tertentu perkara ini menjadi negatif dan dilabel sebagai HARAM..sampai dalam khutbah Jumaat pon turut diselitkan amaran menyertai perhimpunan haram ni. Pada dasarnya memang la aku menentang tapi lama-kelamaan makin bercelaru pulak jadinya sehingga aku menjangkakan Malaysia bakal diisytihar DARURAT pada 9Julai ni...tak dapat aku bayangkan kalau benda ni betul2 terjadi. Semalam je (1Julai) dah ada satu demo kat Komtar, Penang menentang PKR, Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng dan BERSIH 2.0 lepas ni mane plak nak demo...?? Pemuda UMNO pun nak wat skuad demo gak dgn nama PATRIOT...patutnya semua demo diharamkan terus bukan BERSIH 2.0 je...aku pun sedih gak diorg ni nak lawan demo BERSIH 2.0 ngan demo PATRIOT pulak..kalau macam ni sama je la dua2 pihak ni...PATRIOT nak halang BERSIH 2.0 sekali yang bergaduh Melayu dengan Melayu..sape yang untung sape yang rugi korang fikir sendiri ye...?!

Tak kisah la apa pun tujuan mereka2 yang menyertai BERSIH 2.0 ni mungkin ada yang sekadar ingin menyokong usaha murni yang inginkan pilihan raya yang telus dan mungkin juga ada yang berunsur politik untuk menjatuhkan parti2 tertentu...itu terpulang pada rakyat malaysia untuk menentukannya..yang pasti aku tak terlibat dan aku mendoakan semoga pada 9hb Julai 2011 tu nanti akan memberi sejuta hikmah dan pengajaran kepada semua pihak yang terlibat. Kalau betul nak buat secara aman buat betul2 aman..jangan ada harta benda yang rosak..jangan ada yang cedera..jangan ada yang hilang ahli keluarga..dan yang paling penting jangan ada yang HILANG MARUAH DIRI...!!! 

Oh, lagi satu aku dengar ada amaran dilarang memakai sebarang bentuk tulisan BERSIH atau warna kuning kerana anda mungkin ditangkap disebabkan memberi publisiti kepada BERSIH 2.0 pada 9hb Julai ni...patutla masa  Malaysia Vs Taiwan (Chinese Taipei) dalam kelayakan Piala Dunia 29 Jun lepas Team Malaysia pakai jersi biru...haha...ada juga aku dengar BERSIH 2.0 ni rekaan Maxis dengan Celcom untuk menjatuhkan Digi...abesla yellow man kene tangkap lepas ni..kih3..kalau macam tu YDPA pon tak boleh la pakai pakaian rasmi diRaja sebab warna kuning gak kan..hurmm...betul tak, lagipun dalam rang undang2 pun takde pulak larangan memakai pakaian warna kuning...diharap pihak berkuasa tak cepat melatah dalam isu2 camni sebab ianya akan menguntungkan pihak lawan je...be rasional la...aku pon nak hidup dalam negara yang aman damai...PEACE~

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.


Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!


Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.


Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.


24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails