Thursday, June 30, 2011

KL Gangster dan Rokok | BORAK WAYANG

Apa kaitan rokok dengan filem KL Gangster...???*baca sampai akhir entri ni*

Gengster ke...??
Mungkin agak terlambat untuk aku buat review filem tempatan yang mencecah kutipan lebih RM11Juta ni. Bukan apa, filem ni mungkin gah dari segi kutipan tapi bagi aku filem ini still sekadar filem yang kurang menyerlah dari segi kualiti. Mungkin dengan title Pengarah Terbaik FFM ke-24 telah membuatkan ramai yang ingin tahu hasil air tangan pengarahnya Syamsul Yusof yang terbaru iaitu KL Gangster. Walaupun PEKIDA tetibe ada isu dengan filem ni, aku tak kisah itu diorang punya hal ni aku nak borak pasal filem je~

Pemilihan pelakon adalah baik, antara watak yang berjaya membawa watak dengan baik dan memberi kesan pada pandangan aku adalah Aaron Aziz (as Malek), Zizan (as Abg Long Fadil), Shoffi Jikan (as Ajib) dan Ku Faridah (as Ibu Malek). Meraka melakonkan watak dengan begitu natural dan Zizan yang mungkin baru dlm perfileman juga berjaya dengan membawa karekter yang tersendiri. Watak Ibu Malek juga amat menyentuh perasaan dan intonasi suara yang betul2 dapat membuat kita yang menonton merasai kepedihan dan kesengsaraan yang dialami Ibu Malek. Bagi watak Malik (Aaron Aziz) lakonan dia pula aku rasa lite2 je sebab dah berapa filem sebelum ni pon watak dia lebih kurang je, so tak berkembang sangat perwatakan dia dalam filem ni.

Watak Jai yang dilakonkan oleh Adi Putra bagi aku agak plastik dan jiwa "JAI" tu tak berapa nak ada dan kurang menyakinkan. Aku paling tak berkenan dengan tabiat/style hisap rokok-tak-berasap sepanjang plot filem ni. Macam tu ke cara nak tu tunjuk gangster..??? (ramai la budak2 sekolah pasni terikut gaya camtu *sigh). Yang terakhir watak Shark lakonan pengarah filem ni sendiri iaitu Syamsul Yusof yang WAJIB jadi pelakon dalam semua filem dia (tak pernah plak aku tengok die berlakon under pengarah lain selain bapak dia). Bukan lah anti-Soul tapi dalam filem ni die boleh dikatakan lakonan dia bertambah baik dari filem2 dia yang lepas. Cuma perlu diperbaiki lagi sebab still tak menyerlah berbanding pelakon yang lain. Oh, tatu kat leher tu sungguh TAK gangster langsung..!!!

Dari segi Latar Tempat yang dipilih iaitu kawasan Kuala Lumpur adalah baik (dah title pon KL Gangster takkan la kat Johor plak kan..Ooops~) cuma dari segi sinematografi tersangatla klise dengan identiti Yusof Haslam..boring kot..macam tengok drama TV plak..ni dah untung banyak filem pasni please improve dari segi teknik sinematografi ye. Plot agak smooth dan Latar Masa pon agak sesuai. Teknik berlawan/pergaduhan teramatla cikai dan nampak sangat step-by-step moving, kalau nak banding dengan filem Indonesia "Merantau Warrior" lagi 100x lebih terbaik daripada KL Gangster ni. Sound effect pergaduhan pon sedih nak cakap, tak memberi kesan langsung. Prop yang digunakan dalam filem ni pun kurang realistik apabila digunakan dalam scene pergaduhan.

Teknik Bahasa yang digunakan dalam filem ni amatlah menyakitkan hati...perlu ke kalau gangster kene cakap pelat Cina even the actor is Malay...tak perlu kan..agak pelik dan nampak dibuat2 sebab bukan loghat  yang biasa pelakon gunakan (ibarat orang kelate cakap loghat Utara...mesti korang boleh cam kan..??) so, diharap pemilihan bahasa diberi perhatian serius untuk filem yang akan datang supaya feel tu lebih bila menonton flem Melayu tempatan lepas ni..tak perlu berlebih2 kalau nak sangat guna pelat Cina camtu, yelah korang bayangkan masa borak sesama melayu pon guna pelat tu...tak sesuai sangat..kalau borak ngan bangsa lain ok la kan...(ni bukan racist ye, cuma kritikan membina untuk filem tempatan)

rokok..?!
Okay dah la malas nak borak panjang lebar pasal filem ni, aku bagi 2 STAR je sebab filem ni langgar aspek Bahasa, Teknik Pergaduhan dan elemen penggunaan Tatu & ROKOK secara berleluasa dalam filem ni (no offend buat perokok tegar semua..hehe) kalau boleh tak perlu nak tunjuk sangat elemen ROKOK dalam filem2 tempatan..padan la sekarang ni budak sekolah rendah banyak yang mula berjinak2 dengan rokok...pengaruh daripada filem la antara penyumbangnya...astaga~

P/S: kalau korang rasa review ni menyinggung perasaan aku minta maaf ye..sekadar borak2 wayang daripada aku..sila la komen untuk bagi pandangan korang pulak..thanx~

Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails