Sunday, June 19, 2011

Kisah Aku dan Abah...!!!


ABAH...

Tak kisah la ape pon panggilan korang samada "AYAH", "BAPAK", "PAPA", "DADDY", "ABI", "WALID" etc...tak ramai antara kita menghargai makna panggilan tersebut sebab majoriti kita akan lebih cenderung rapat dengan ibu...betul tak..???so, entri ni khas aku buat untuk ceritakan kat korang Kisah Aku dengan "ABAH" aku....jap nak amik tissue..*sniff sniff*

CEKAL

Dulu kami sekeluarga memang hidup susah...rumah pon buruk..baju pon buruk...even panggung wayang pon aku tak tau wujud...abah dulu berniaga buah2-an kat pasar malam...semua pasar abah pergi tiap hari...so, abah memang selalu bawak kami adik-beradik ikut sama untuk tolong abah..aku rase umur aku 3tahun aku da start ikut abah.

Hujan..panas terik...ribut...kami dah lali...itulah kehidupan kat pasar yang perlu kami sekeluarga tempuh untuk mencari sesuap nasi...kadang aku terfikir kenapa kehidupan kami macam ni...aku tengok kawan2 aku hidup senang je, takde pon susah macam kami. Abah memang dah lama berniaga sampai orang kampung pon ramai panggil abah "Ali Buah". Abah tak kisah sebab nama tu buat abah unik dan semua orang kenal..kira femes la tu..hehe. actually, abah pernah bukak kedai runcit lebih kurang 3tahun kot..dah lupa la..masa tu aku sekolah rendah tapi kedai tu bankrup sebab krisis ekonomi tahun 1998. Then, abah try bukak restoran plak, tapi tak berjaya gak. So, abah pon back to his old business, meniaga kat pasar malam sampai aku habis PMR. Then, abah try bukak bisnes peruncitan lepas aku PMR dan sampai sekarang bisnes tu dah semakin berkembang dan membuahkan hasil...bukan senang nak hidup senang, perlu ada pengorbanan dan usaha.

MALU...?!

Korang ingat tak dulu-dulu masa kat sekolah kita kene isi borang biodata diri. Aku paling tak suka isi borang tu sebab bila sampai part "pekerjaan bapa" mesti aku tak tau tulis apa. Bukan malu tapi aku tak tau apa nama sesuai untuk kerja ayah aku tu. Maklum la budak sekolah rendah lagi kan..aku tengok kawan-kawan tulis ayah diorang kerja Doktor, Pegawai, Cikgu, Pensyarah, Polis & etc...aku pon just tulis berniaga. Ada sekali tu cikgu panggil aku tanya apa maksud berniaga yg aku tulis tu, aku terangkan la.."berniaga pasar malam, cikgu" "owh.."tapi aku dengar nada 'owh' die tu semacam je..entahlah, maybe perasaan aku je kot.

After school holiday, kawan2 selalu cerita tentang trip holiday diorang ke pulau redang la, bali la, langkawi la, dan banyak lagi la. bila diorang tanya aku holiday kat mana, aku jawab "bercuti kat pasar je..lagi best sebab ada baaaanyaaaakkkkk makanan best2" haha..jawapan nak sedapkan hati je..huhu..tapi abah kadang2 bawak jugak la kitorg pergi berkelah kat pantai sekali-sekala..apa ingat orang miskin tak tau holiday ke..??hehe..aku tak kisah pon..lalala~

SEKOLAH

Dulu kat sekolah aku tak dapat pinjaman buku teks sebab parents aku status 'pemastautin tetap'. So, yg dapat pinjaman biasanya kakak aku kot, aku dengan adik aku tak dapat pinjaman. Aku memang frust giler sebab kenapa aku tak dapat disebabkan status abah aku, yang nak belajar tu aku dan patutnya diorang tengok la status pendapatan keluarga aku sebelum buat keputusan. Sampai ada sekali tu aku berazam nak jadi menteri pendidikan dan ubah sistem tu..huhu. So, sebab tak dapat pinjaman terpaksa la abah keluarkan duit lebih untuk beli buku2 teks yg "MURAH" sangat tu tiap2 tahun. Buku2 tu bukannye cikgu guna sangat tapi wajibkan kita ada kalau tak nanti cikgu2 tu marah sebab takda buku teks..ada ke patut camtu.

Masa UPSR, PMR dan SPM pon aku ngan adik-beradik aku tolong abah kat pasar dan kedai. Dulu2 kalau nak dekat exam pasar la tempat aku study kalau kena ikut abah berniaga dan time kitorang dah ada kedai pon aku still buat homework & study kat kedai. Dulu2 bila abes sekolah petang aku naik bas terus ke tapak pasar malam tolong abah meniaga. Kehidupan kami adik-beradik memang banyak dihabiskan kat pasar je la..dengan baju dan seluar sekolah tu aku meniaga. Mula-mula dulu macam janggal je pakai baju sekolah tu tapi lama-lama dah biasa. Sebenarnya kat pasar malam ni seronok sebab kat pasar ni la macam-macam gelagat manusia kita boleh tengok. Sometime, ada gak yang bergaduh kat pasar tu gak..hehe..tapi bila dah ada kedai runcit sendiri, macam2 gelagat pembeli yang aku rasa banyak mengajar aku erti hidup.

BERJAYA...!!!

Bagi aku salah satu cara nak buat abah rasa pengorbanan dia selama ni tak sia-sia adalah dengan kejayaan aku berjaya di menara gading (dulu nama sekolah aku SMK Bukit Gading..hehe) tapi bukan sampai gading itu je, aku lanjutkan lagi sampai Universiti. Sampai la sekarang ni aku tengah buat Master MBA kat UPM. Semua kejayaan aku ni aku tujukan kat abah yang siang malam berniaga mencari rezeki sekolahkan kami adik-beradik sampai semua dah berkahwin (aku belum lagi..i'm still single..hehe). Abah aku ni jenis yang jarang nak memuji dan banyak bagi expression muka je. Tapi saat aku konvokesyen degree setahun yang lepas aku nampak muka abah bersinar-sinar penuh rasa bangga. Rasa nak menangis je aku time dalam dewan tu, sebak aku sekejap...sob3~

Sekarang aku akui kami sekeluarga dah boleh tarik nafas lega selepas usaha abah kembali menjalankan perniagaan runcit lepas aku SPM dah membuahkan hasil. Perniagaan kami semakin maju, berkat usaha abah yang tak pernah jemu mencari jalan memajukan perniagaan runcit ni. Ramai yang ingin tahu rahsia abah berjaya, ramai yang kagum dengan kejayaan abah. Aku pun bangga sebab abah dapat lakukan semua ini hanya melalui pengalaman dia berniaga selama bertahun2 tu tanpa bantuan atau pendidikan formal. Cuma aku sekarang berazam untuk memajukan lagi bisnes abah ni dengan format dan sistem yang lebih tersusun dan sistematik bagi menjamin survival perniagaan keluarga ALIBASYAH kelak...!!

KATA-KATA AKHIR...

Oleh itu, sempena hari bapa ni aku tujukan KHAS entri ni untuk ABAH, maybe ada antara korang yang dah sambut Hari Bapa dari 2minggu lepas lagi kan..tapi tanggal 19hb Jun adalah yang official..hehe..Sebenarnya, banyak lagi cerita tentang aku dan abah nak diceritakan tapi cukup sampai disini je la ye. Sekadar pesanan buat korang yang membaca entri aku ni, janganlah kita lupa dengan pengorbanan yang ayah kita dah berikan, mungkin kita tak nampak tapi percayalah ayah kita sanggup berkorban apa sahaja demi kita terus hidup menjadi insan berguna. Sometimes memang kita rasa yang ayah kita ni overprotective tapi percayalah itu semua demi kebaikan kita gak. Jagalah nama ayah dan mak kita, jangan kita menjadi anak yang durhaka kelak kita akan diperlakukan sedemikian oleh anak-anak kita sendiri. Jika ada pertelingkahan dengan ayah korang tu semua adalah normal sebab masing-masing dengan ego, tapi jangan la terlalu lama bermasam muka sebab nanti takut kita tak dapat bersua muka dengan ayah kita bila dia "pergi" buat selamanya...renung-renungkan...apa-apa pon, just nak cakap iEji sayaaaaaaaannngggggg ABAH....!!!! okay nak pergi beli cake la..mintak2 ada la lagi cake kat secret recipe tu..hehe~
SeLaMaT HaRi AbAh....!!!
SR Strawberry Marshmallow Cheese...tompok2 macam darah tu simbolik pengorbanan abah selama ni..hihi~



Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails