Thursday, June 30, 2011

KL Gangster dan Rokok | BORAK WAYANG

Apa kaitan rokok dengan filem KL Gangster...???*baca sampai akhir entri ni*

Gengster ke...??
Mungkin agak terlambat untuk aku buat review filem tempatan yang mencecah kutipan lebih RM11Juta ni. Bukan apa, filem ni mungkin gah dari segi kutipan tapi bagi aku filem ini still sekadar filem yang kurang menyerlah dari segi kualiti. Mungkin dengan title Pengarah Terbaik FFM ke-24 telah membuatkan ramai yang ingin tahu hasil air tangan pengarahnya Syamsul Yusof yang terbaru iaitu KL Gangster. Walaupun PEKIDA tetibe ada isu dengan filem ni, aku tak kisah itu diorang punya hal ni aku nak borak pasal filem je~

Pemilihan pelakon adalah baik, antara watak yang berjaya membawa watak dengan baik dan memberi kesan pada pandangan aku adalah Aaron Aziz (as Malek), Zizan (as Abg Long Fadil), Shoffi Jikan (as Ajib) dan Ku Faridah (as Ibu Malek). Meraka melakonkan watak dengan begitu natural dan Zizan yang mungkin baru dlm perfileman juga berjaya dengan membawa karekter yang tersendiri. Watak Ibu Malek juga amat menyentuh perasaan dan intonasi suara yang betul2 dapat membuat kita yang menonton merasai kepedihan dan kesengsaraan yang dialami Ibu Malek. Bagi watak Malik (Aaron Aziz) lakonan dia pula aku rasa lite2 je sebab dah berapa filem sebelum ni pon watak dia lebih kurang je, so tak berkembang sangat perwatakan dia dalam filem ni.

Watak Jai yang dilakonkan oleh Adi Putra bagi aku agak plastik dan jiwa "JAI" tu tak berapa nak ada dan kurang menyakinkan. Aku paling tak berkenan dengan tabiat/style hisap rokok-tak-berasap sepanjang plot filem ni. Macam tu ke cara nak tu tunjuk gangster..??? (ramai la budak2 sekolah pasni terikut gaya camtu *sigh). Yang terakhir watak Shark lakonan pengarah filem ni sendiri iaitu Syamsul Yusof yang WAJIB jadi pelakon dalam semua filem dia (tak pernah plak aku tengok die berlakon under pengarah lain selain bapak dia). Bukan lah anti-Soul tapi dalam filem ni die boleh dikatakan lakonan dia bertambah baik dari filem2 dia yang lepas. Cuma perlu diperbaiki lagi sebab still tak menyerlah berbanding pelakon yang lain. Oh, tatu kat leher tu sungguh TAK gangster langsung..!!!

Dari segi Latar Tempat yang dipilih iaitu kawasan Kuala Lumpur adalah baik (dah title pon KL Gangster takkan la kat Johor plak kan..Ooops~) cuma dari segi sinematografi tersangatla klise dengan identiti Yusof Haslam..boring kot..macam tengok drama TV plak..ni dah untung banyak filem pasni please improve dari segi teknik sinematografi ye. Plot agak smooth dan Latar Masa pon agak sesuai. Teknik berlawan/pergaduhan teramatla cikai dan nampak sangat step-by-step moving, kalau nak banding dengan filem Indonesia "Merantau Warrior" lagi 100x lebih terbaik daripada KL Gangster ni. Sound effect pergaduhan pon sedih nak cakap, tak memberi kesan langsung. Prop yang digunakan dalam filem ni pun kurang realistik apabila digunakan dalam scene pergaduhan.

Teknik Bahasa yang digunakan dalam filem ni amatlah menyakitkan hati...perlu ke kalau gangster kene cakap pelat Cina even the actor is Malay...tak perlu kan..agak pelik dan nampak dibuat2 sebab bukan loghat  yang biasa pelakon gunakan (ibarat orang kelate cakap loghat Utara...mesti korang boleh cam kan..??) so, diharap pemilihan bahasa diberi perhatian serius untuk filem yang akan datang supaya feel tu lebih bila menonton flem Melayu tempatan lepas ni..tak perlu berlebih2 kalau nak sangat guna pelat Cina camtu, yelah korang bayangkan masa borak sesama melayu pon guna pelat tu...tak sesuai sangat..kalau borak ngan bangsa lain ok la kan...(ni bukan racist ye, cuma kritikan membina untuk filem tempatan)

rokok..?!
Okay dah la malas nak borak panjang lebar pasal filem ni, aku bagi 2 STAR je sebab filem ni langgar aspek Bahasa, Teknik Pergaduhan dan elemen penggunaan Tatu & ROKOK secara berleluasa dalam filem ni (no offend buat perokok tegar semua..hehe) kalau boleh tak perlu nak tunjuk sangat elemen ROKOK dalam filem2 tempatan..padan la sekarang ni budak sekolah rendah banyak yang mula berjinak2 dengan rokok...pengaruh daripada filem la antara penyumbangnya...astaga~

P/S: kalau korang rasa review ni menyinggung perasaan aku minta maaf ye..sekadar borak2 wayang daripada aku..sila la komen untuk bagi pandangan korang pulak..thanx~

Saturday, June 25, 2011

JoZan Juara Maharaja Lawak Astro


Tahniah Buat JoZan yang menang...!!! *ini bukan typo*

JoZan memang mantoooppp...macam mane pon korang nak pertikai sukati korang la. Dah terbukti bakat diorang memang takde tandingan...Sepah pon kalah beb..*ini bukan typo*, Nabil lagi la tak boleh challenge JoZan..hahaha..Jambu..??diorang memang jambu siooottt..kih3

Baiklah, entri ni bukan la bermaksud aku kipas-susah-mati JoZan, tapi persembahan diorang malam tu memang paling best. Lagi2 2nd show diorang "AhCai Vs Mael LambOng The Musical" memang buat aku terguling2 gelak atas lantai..eh..katil. Sesiape yang sokong sila angkat tangan macam aku..h0h0~



P/S: ini cume khayalan semata..yang menang adalah "Manisnya SEPAH ini...?!" Hahahahaa~~~

Bukan apa, dah semua bloggers duk post entri Sepah yang menang kite kena la kasi laen sikit la kan pon...*matila aku* pada yang rasa SEPAH tu memang patut menang ye memang aku setuju dan percayalah tuan-tuan dan puan-puan sekalian, bahawasanya kita yang hidup di dunia ini patut menyokong kejayaan meraka sebab diorang memang yang terbaek..tapi tahukah anda *muzik suspense*:

  1. Juara *SEPAH* menang RM350ribu (3 x sorang dapat RM116ribu)
  2. Naib Juara *JoZan* menang RM250ribu (2 x sorang dapat RM125ribu)
  3. Ke-3 *Nabil* menang RM150ribu (Maaakaaannn sOooraanggg...besssttt broooo..!!!)
  4. Ke-4 *JamBu* menang RM50ribu (2 x RM25ribu...apeerrr pon takboleyyy~~~)
So, yang pastinya ASTRO kaut berjuta2 lemon untung woooo...tak kesah la kan, yang penting apa yang aku dan korang semua dapat adalah HIBURAN yang korang kongsi bersama keluarga, sahabat, suami-isteri, adik beradik, atok nenek dan ALIENs...Haha..betul tak..?? dengan adanya Maharaja Lawak ni kita semua dapat spend quality time together with those people right..?! 

Ini semua memang kenangan manis..sudah pasti akan ku ulang tayang video2 ML kat youtube tu selalu..hope lepas ni akan ada 'Gag Show' macam ni lagi kat Malaysia...lalala~

***Ah Cai : wa pedulik apa pon kalah nye...yang penting job wa banyak ade pon..adoooiiii la~

Thursday, June 23, 2011

MBA | All By My Self


“When I was young
I never needed anyone

And making love was just for fun

Those days are gone

Livin' alone
I think of all the friends I've known
When I dial the telephone
Nobody's home

All by myself
Don't wanna be
All by myself
Anymore…”

Alhamdulillah...aminnnnnnnnnn~~~
Masa buat entry ni aku teringat this song by Celine Dion that i heard when i was driving in my car after finished my accaunting exam semalam..it was thrilled at that time because i am at the end of my 1st trimeter as MBA student..finally, berjaya gak aku lalui life sebagai dak Master ni all by my self..maksud aku, everything yang aku lalui when I'm doing this MBA aku lalui sendiri, study sorang2 kat rumah, pergi lecture pon sorang2, buat assignment pon sorang2 ( except: group assignment kene wat dengan group la kan..hehe).

Actually, lagu 'all by myself' ni bukan la nak menceritakan semuanya seronok if we are do it all ALONE, but the thing is, kalau boleh aku tak nak sorang2, aku rindu zaman degree dulu like going to lecture ramai2 dengan kawan2, lepak makan-minum ramai2, buat assignment ramai2 kat hostel dulu, study exam kat bilik hostel ramai pastu tidur ramai2 kat bilik. That was great moment that i've have in the past as degree's student.

Tapi bukanlah bermaksud since I pursue my master ni aku tak happy langsung, there's are alot of great moments that I've shares with my new fellow friends. The best thing that I learnt from them is they are matured and the level of the way they are thinking was higher and related with their own experiances. So i need to cope with that level in order to be success as MBA student. My group-mates all of them are awesome. Thanx for giving me opportunity to be in the group. Lots of thing we learnt together as a team..Abg Radin, Kak Anis, Vanaja, Azhan, Shah, Izzaty, Syazmel, Mat, Azfar, Rahman and many more..THANX guys..!!

Okay, since aku akan cuti panjang for about more than 2 month, so I thought this holiday suppose to be amazing and full of activities with all my BFF's..let's go for Movies Marathon, themepark, vacation trips around the world (erk..sempat ke..??haha) and sambut Bulan Ramadhan together...Oh, I can't wait for that time..teehee~
"with my group-mates after OB's case study presentation..we got the highest marks..!!"
Lastly, I just wanna say that doing all things "all by myself" are not cool and bored. So, enjoy your holiday and have fun...!!!!
"All by myself
Don't wanna be
All by myself
Anymore
All by myself
Don't wanna live
All by myself
Anymore..."

Monday, June 20, 2011

MBA | Ekonomi Merdeka...!!!


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Ekonomi Merdeka...??? Apakah yang aku maksudkan..??? Adakah tahap ekonomi sebuah negara yang merdaka...owh, bukan la kawan2. Itu cuma TITLE ENTRY semata. Takde kaitan dengan yang masih hidup ataupun sudah kawen *tetibe*

Actually, arini aku ada exam untuk paper Managerial Economic. Punya la aku study bagai nak rak semua exercise sekali soalan memang macam tutttt...seriously, aku dari dulu memang tak boleh terima subjek ni. Maybe, cara lecturer yang mengajar masa zaman degree dulu tu agak bosan dan menyebabkan bila amik subjek ni masa MBA wat aku kurang faham. Disini aku ada cadangan la buat yang bakal jadi lecturer ekonomi tu nanti:

  1. soalan tu kalau boleh kaitkan dengan dengan subjek tu, aku amik MBA bukan nak jd economist so soalan tu supposedly suruh la kitorg interpret using data yang ada tanpa pengiraan.
  2. kalau boleh fikirkan cara lain nak relatekan subjek dengan pelbagai jenis business sebab different business have  different way of handling and various issues they encounter...!!
  3. kalau janji waktu exam tu 3jam tolong kotakan janji jangan tetibe jadi 2jam plak...hehe~
  4. ulang balik 1, 2, & 3...hehe~
ok, itu je untuk entri arini...aku dah tak mau kenang paper ni lagi sebab this is the last economic paper i'll took for the rest of my life [FULLSTOP]

p/s: Prof...jgn la strict sangat marking my answer's sheet..okay...takyah baca terus bagi full marks je..teehee~

Sunday, June 19, 2011

Kisah Aku dan Abah...!!!


ABAH...

Tak kisah la ape pon panggilan korang samada "AYAH", "BAPAK", "PAPA", "DADDY", "ABI", "WALID" etc...tak ramai antara kita menghargai makna panggilan tersebut sebab majoriti kita akan lebih cenderung rapat dengan ibu...betul tak..???so, entri ni khas aku buat untuk ceritakan kat korang Kisah Aku dengan "ABAH" aku....jap nak amik tissue..*sniff sniff*

CEKAL

Dulu kami sekeluarga memang hidup susah...rumah pon buruk..baju pon buruk...even panggung wayang pon aku tak tau wujud...abah dulu berniaga buah2-an kat pasar malam...semua pasar abah pergi tiap hari...so, abah memang selalu bawak kami adik-beradik ikut sama untuk tolong abah..aku rase umur aku 3tahun aku da start ikut abah.

Hujan..panas terik...ribut...kami dah lali...itulah kehidupan kat pasar yang perlu kami sekeluarga tempuh untuk mencari sesuap nasi...kadang aku terfikir kenapa kehidupan kami macam ni...aku tengok kawan2 aku hidup senang je, takde pon susah macam kami. Abah memang dah lama berniaga sampai orang kampung pon ramai panggil abah "Ali Buah". Abah tak kisah sebab nama tu buat abah unik dan semua orang kenal..kira femes la tu..hehe. actually, abah pernah bukak kedai runcit lebih kurang 3tahun kot..dah lupa la..masa tu aku sekolah rendah tapi kedai tu bankrup sebab krisis ekonomi tahun 1998. Then, abah try bukak restoran plak, tapi tak berjaya gak. So, abah pon back to his old business, meniaga kat pasar malam sampai aku habis PMR. Then, abah try bukak bisnes peruncitan lepas aku PMR dan sampai sekarang bisnes tu dah semakin berkembang dan membuahkan hasil...bukan senang nak hidup senang, perlu ada pengorbanan dan usaha.

MALU...?!

Korang ingat tak dulu-dulu masa kat sekolah kita kene isi borang biodata diri. Aku paling tak suka isi borang tu sebab bila sampai part "pekerjaan bapa" mesti aku tak tau tulis apa. Bukan malu tapi aku tak tau apa nama sesuai untuk kerja ayah aku tu. Maklum la budak sekolah rendah lagi kan..aku tengok kawan-kawan tulis ayah diorang kerja Doktor, Pegawai, Cikgu, Pensyarah, Polis & etc...aku pon just tulis berniaga. Ada sekali tu cikgu panggil aku tanya apa maksud berniaga yg aku tulis tu, aku terangkan la.."berniaga pasar malam, cikgu" "owh.."tapi aku dengar nada 'owh' die tu semacam je..entahlah, maybe perasaan aku je kot.

After school holiday, kawan2 selalu cerita tentang trip holiday diorang ke pulau redang la, bali la, langkawi la, dan banyak lagi la. bila diorang tanya aku holiday kat mana, aku jawab "bercuti kat pasar je..lagi best sebab ada baaaanyaaaakkkkk makanan best2" haha..jawapan nak sedapkan hati je..huhu..tapi abah kadang2 bawak jugak la kitorg pergi berkelah kat pantai sekali-sekala..apa ingat orang miskin tak tau holiday ke..??hehe..aku tak kisah pon..lalala~

SEKOLAH

Dulu kat sekolah aku tak dapat pinjaman buku teks sebab parents aku status 'pemastautin tetap'. So, yg dapat pinjaman biasanya kakak aku kot, aku dengan adik aku tak dapat pinjaman. Aku memang frust giler sebab kenapa aku tak dapat disebabkan status abah aku, yang nak belajar tu aku dan patutnya diorang tengok la status pendapatan keluarga aku sebelum buat keputusan. Sampai ada sekali tu aku berazam nak jadi menteri pendidikan dan ubah sistem tu..huhu. So, sebab tak dapat pinjaman terpaksa la abah keluarkan duit lebih untuk beli buku2 teks yg "MURAH" sangat tu tiap2 tahun. Buku2 tu bukannye cikgu guna sangat tapi wajibkan kita ada kalau tak nanti cikgu2 tu marah sebab takda buku teks..ada ke patut camtu.

Masa UPSR, PMR dan SPM pon aku ngan adik-beradik aku tolong abah kat pasar dan kedai. Dulu2 kalau nak dekat exam pasar la tempat aku study kalau kena ikut abah berniaga dan time kitorang dah ada kedai pon aku still buat homework & study kat kedai. Dulu2 bila abes sekolah petang aku naik bas terus ke tapak pasar malam tolong abah meniaga. Kehidupan kami adik-beradik memang banyak dihabiskan kat pasar je la..dengan baju dan seluar sekolah tu aku meniaga. Mula-mula dulu macam janggal je pakai baju sekolah tu tapi lama-lama dah biasa. Sebenarnya kat pasar malam ni seronok sebab kat pasar ni la macam-macam gelagat manusia kita boleh tengok. Sometime, ada gak yang bergaduh kat pasar tu gak..hehe..tapi bila dah ada kedai runcit sendiri, macam2 gelagat pembeli yang aku rasa banyak mengajar aku erti hidup.

BERJAYA...!!!

Bagi aku salah satu cara nak buat abah rasa pengorbanan dia selama ni tak sia-sia adalah dengan kejayaan aku berjaya di menara gading (dulu nama sekolah aku SMK Bukit Gading..hehe) tapi bukan sampai gading itu je, aku lanjutkan lagi sampai Universiti. Sampai la sekarang ni aku tengah buat Master MBA kat UPM. Semua kejayaan aku ni aku tujukan kat abah yang siang malam berniaga mencari rezeki sekolahkan kami adik-beradik sampai semua dah berkahwin (aku belum lagi..i'm still single..hehe). Abah aku ni jenis yang jarang nak memuji dan banyak bagi expression muka je. Tapi saat aku konvokesyen degree setahun yang lepas aku nampak muka abah bersinar-sinar penuh rasa bangga. Rasa nak menangis je aku time dalam dewan tu, sebak aku sekejap...sob3~

Sekarang aku akui kami sekeluarga dah boleh tarik nafas lega selepas usaha abah kembali menjalankan perniagaan runcit lepas aku SPM dah membuahkan hasil. Perniagaan kami semakin maju, berkat usaha abah yang tak pernah jemu mencari jalan memajukan perniagaan runcit ni. Ramai yang ingin tahu rahsia abah berjaya, ramai yang kagum dengan kejayaan abah. Aku pun bangga sebab abah dapat lakukan semua ini hanya melalui pengalaman dia berniaga selama bertahun2 tu tanpa bantuan atau pendidikan formal. Cuma aku sekarang berazam untuk memajukan lagi bisnes abah ni dengan format dan sistem yang lebih tersusun dan sistematik bagi menjamin survival perniagaan keluarga ALIBASYAH kelak...!!

KATA-KATA AKHIR...

Oleh itu, sempena hari bapa ni aku tujukan KHAS entri ni untuk ABAH, maybe ada antara korang yang dah sambut Hari Bapa dari 2minggu lepas lagi kan..tapi tanggal 19hb Jun adalah yang official..hehe..Sebenarnya, banyak lagi cerita tentang aku dan abah nak diceritakan tapi cukup sampai disini je la ye. Sekadar pesanan buat korang yang membaca entri aku ni, janganlah kita lupa dengan pengorbanan yang ayah kita dah berikan, mungkin kita tak nampak tapi percayalah ayah kita sanggup berkorban apa sahaja demi kita terus hidup menjadi insan berguna. Sometimes memang kita rasa yang ayah kita ni overprotective tapi percayalah itu semua demi kebaikan kita gak. Jagalah nama ayah dan mak kita, jangan kita menjadi anak yang durhaka kelak kita akan diperlakukan sedemikian oleh anak-anak kita sendiri. Jika ada pertelingkahan dengan ayah korang tu semua adalah normal sebab masing-masing dengan ego, tapi jangan la terlalu lama bermasam muka sebab nanti takut kita tak dapat bersua muka dengan ayah kita bila dia "pergi" buat selamanya...renung-renungkan...apa-apa pon, just nak cakap iEji sayaaaaaaaannngggggg ABAH....!!!! okay nak pergi beli cake la..mintak2 ada la lagi cake kat secret recipe tu..hehe~
SeLaMaT HaRi AbAh....!!!
SR Strawberry Marshmallow Cheese...tompok2 macam darah tu simbolik pengorbanan abah selama ni..hihi~



Thursday, June 16, 2011

iDevices | iPhone's Passcodes You Should Avoid


Ok..ni ada satu info yang patut semua pengguna iPhone baca..

Daniel Amitay, the developer of the Big Brother Camera Security app, ran an interesting survey of his application’s users. Dia sengaja added some code to anonymously record passcodes of iPhone owners yang gunakan application dia tu...pergh...bahaya siot developer apps camni...silap2 boleh kene saman sebab menceroboh privasi pengguna telekomunikasi..huhu~

With this little test, dia boleh record 204,508 passcodes from as many devices, so apps ni bagi dia peluang to find out what the most used passcodes are....kalau korang ada guna passcodes ni, you might want to change this right away in order to increase the safety of the information on your iDevices…!!

Top 10 passcodes yang paling kerap digunakan adalah:
1234, 0000, 2580, 1111, 5555, 5683, 
0852, 2222, 1212, 1998
Mesti korang pelik kenapa "5683" ade dlm top 10 tu kan..haha...sebenarnya no tu ade maksud special iaitu "LOVE" kalau type guna keypad...so, tunggu apa lagi tukar passcodes korang semua...nanti kene hacked baru nak menyesal memang dah tak berguna...btw, interesting info, isn’t it..???

Saturday, June 11, 2011

Korea's Got Talent


Masa aku tengah asyik layan YouTube tetibe aku terpandang satu video ni kat recomended video pasal sebuah rancangan realiti baru kat KOREA tu..so, aku pon click la then video tu mmg awesome gilakkk...

cuba korang hayati dulu video rendition Sung Bong ni...amat memberi kesan mendalam dan goosebumps.....!! (aku serius neh) sila sediakan tisu please~~~
OK...dah tengok kan..amacam...???berdiri tak segala bulu2 badan korang tu...???pada yang menangis tu korang memang the best...aku pon sebak bila tengok video ni..FYI lagu yang dia nyanyi tu tajuk dia "Nella Fantasia" by Sarah Brightman...sebakkk *sniff sniff~
"I just want to be like a normal person. I don't sing that well but when I do sing, I feel like a different person."
Sedikit info yang aku dapat dari video tu Sung Bong ni berumur 22tahun..dia ni mula berminat dalam bidang nyanyian ni lepas kagum dengan seorang vokalis band kat sebuah tempat hiburan, then dari situ berputiklah cinta dia kat bidang nyanyian..serius suara soprano dia memang mantoppp..kann?? Ramai yang kaitkan dia ni macam Susan Boyle yg menjadi sensasi kat Britain tu..huu~


Dia merupakan anak yatim dan melarikan diri dari rumah anak yatim tu sebab selalu dibuli pada umur 5tahun dan terus hidup merempat kat tepi jalan..bayangkan umur camtu dah boleh berdikari...pergh..dia dapat gak rasanya tamat High School..ada yang cakap Performing Art High School tapi tak tau la betul ke tak...yang pasti dia ni memang berbakat...!!! Owh..dia ditanya tentang "Apakah pekerjaan anda..??" oleh juri dan dia jawab "Manual Workers" atau 'buruh kasar'...pastu audience bantai gelak...actually, orang ketawa ketika Sung-bong berkata "manual workers" sebab cara dia cakap agak lawak@bersahaja..audience sebenarnya tak ketawa sebab dia menjadi pekerja manual, tetapi kerana cara die express perkataan 'Manual Workers' tu je...orang KOREA ni amat menjaga perasaan orang lain tau...hope tak ada salah faham kat situ ye...hehe~


**Okay, ini salah satu cara korang nak support Sung-bong...

Wednesday, June 8, 2011

INFO | Apple iOS 5


This is Awesomeeeeee~~~

Memang berbaloi aku tunggu jam 1 pagi semalam semata2 nak follow keynote daripada Steve Jobs tentang iOS5...lebih kurang 200 features in iOS5 kali ni....semuanya memang akan mebuat korang teruja nak beli iPhone4, iPad2 dan iPod Touch untuk merasa kecanggihan teknologi terkini yang Apple perkenalkan kali ni...bagi aku ini merupakan peningkatan software yang sangat hebat dan boleh buat sume software developer macam Blackberry, Android dan Microsoft dan semua Jail-breakers tercengang dan bungkus balik kampung jer...kih3...terbaiklah iOS5....!!!

***Antara features yang bagi aku paling menarik perhatian adalah seperti berikut...


Notification Center

All your alerts in one place...!!!
korang akan dapat semua updates dan notifications from iOS devices korang contohnya new email, texts, friend requests, and more....korang just swipe from the top of any screen kat iDevices korang tu untuk run this features...hebat3~


iMessage

iMessage sememangnya yang ditunggu2...!!!
Bayangkan semua iDevices macam iPad dan iPod pon boleh join the conversation secara WiFi atau 3G...dan part yang paling best we can see samada kawan yang kite tgh SMS tu typing...macam YM lebih kurang la...dan much better than BBM.. ;p

Reminders

To-Do List....!!!
Akhirnya ada juga Reminder apps dalam iDevices...kalau tak memang jenuh la nak mengadap Calendar tu nak setting appointment, to-do list dan macam2 lagi...and the best part of it..Reminder ni boleh set up which location yang kita nak Reminder ni alerts korang...contohnya bila sampai rumah automatically ada alerts from Reminder untuk korang bersihkan dapur contohnya la kan..

Camera

Capture the moment at a moment's notice...!!!
Memang terbaik features update iOS5 ni..sebab ini yang aku tunggu dari awal aku beli iPhone sebab kadang2 kita nak capture on the spot, then klu kite ade lockcode memang lambat la...so this time tak payah nak key in lockcode sebab boleh access Camera dari lockscreen tu...senang..pastu just push the shutter button which is the UP volume button...Terbaekkkk~

PC Free

Independence for all iOS Devices...!!!
Now, tak perlu lagi nak kena connect with any computer untuk aktifkan iDevices korang sebab dah ada feature yang boleh aktifkan sendiri kat iDevices korang tu dalam iOS5...mudah giler..!! tak perlu lagi nak updates software baru guna computer..guna iDevices korang pon boleh update...dan kalau nak wat synchronizing, backup dan restore boleh dibuat secara wireless menggunakan iCloud [next entri aku explain]

**so apa kata korang layan video ni dulu..hehe~

                                    


Saturday, June 4, 2011

iPhone 4 | iTape Retro Cassette Casing

casing iPhone4 ni memang unik....kena cari ni..kat mane ada jual ek...???



**ni videonya~



Friday, June 3, 2011

INFO | Kelebihan Bulan Rejab

Assalamualaikum...baiklah entri kali ni nak share tentang kelebihan bulan Rejab ni dengan korang semua...Jom Ibadah....!!!!

Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab adalah:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab adalah dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban pula dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan malam Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab akan mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari pula akan dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah SWT di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah SWT dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan adalah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
  • Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
  • Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
  • Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12. Sesiapa yang bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

INFO | Riwayat Bulan Rejab

Assalamualaikum..jom kita baca riwayat berkaitan bulan Rejab ni ye...

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT."
"Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rejab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT."
"Barangsiapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal"
"Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan Rejab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam."
"Barangsiapa berpuasa lapan hari dalam bulan Rejab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya."
"Barangsiapa yang berpuasa lima hari dalam bulan Rejab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT."
"Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, aku melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu aku bertanya pada Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?” Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau di bulan Rejab.”
Dalam sebuah riwayat, Tsauban bercerita:
 “Ketika kami berjalan bersama-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT." 
Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?” Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rejab, dan mereka tidak tidur semalam untuk beribadah sahaja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”
Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rejab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”
“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”
Doa Bulan Rejab

Baru Satu Entri Pasal AdindaEvans Dah Beribu Pageviews Aku...!!!

tengok tu sampai 1700++ yg views utk entri tu dalam sehari je..terkejut aku...!!!
Hahahaa...memang lawak la isu #adindaevans ni...tetibe ramai gile yg views blog aku sebab minah tu..kalau blog minah tu ade Nuffnang memang masyuk la dia..kih3..Btw, kalau korang belum baca lagi entri aku pasal minah #adindaevans ni...[SILA KLIK SINI] kalau nak tau apa sebenarnye cerita minah ni...minah bandar ni memang sosial standard dak2 KL la kan...tapi aku tak bermaksud semua dak2 KL @ bandar camtu..ada yg baek..hihi~

Isu ni memang semua orang nak tau sebab ianya lain dari yang lain serta lari dari norma masyarakat..tapi maybe this girl jenis yang berani so dia pon tak kesah la sangat...maybe dia pon dah sedar dan family dia pon dah support dia untuk bangkit dan terima dia seadanya...sebenarnya banyak lagi gadis2 malang yang terpaksa menempuh jalan hidup yang kadang2 diorg sendiri tak mintak jadi camtu...tapi inilah hakikat masyarakat malaysia...bukan dia sorang je tapi sebab dia wat entri camtu semua jadi serba nak tau cerita minah tu..

Tak perlu la kita panjang2kan lagi isu #adindaevans ni...lebih baik kita risaukan keluarga kita sendiri yang mungkin boleh terjebak macam ni...Setiap manusia tu tak boleh lari dari melakukan kesilapan, tapi yang penting macamana kita perbaiki kesilapan tu dan bagaimana orang luar termasuk keluarga kita untuk menerima dan memberi sokongan untuk kita bangkit selepas melakukan kesilapan tu..betul tak...???(macam sama je ayat aku dengan entri yg lepas...??huhu~) "Inna fa'atidh dhikra" (87:9). Sometimes people don't process what you say right away, but it sticks with them...their ego gets in the way...so, sama la dengan kes ni dimana maybe minah tu akan berubah suatu hari nanti dengan sendirinya...kita hanya boleh menasihati dia je~
**owh ye...korang tau tak skang kita dah masuk bulan Rejab...Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya...nantikan entri pasal bulan rejab ni ye..hehe~

Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails