Friday, May 20, 2011

Takde Keje Cari Keje..?!

Assalamualaikum..salam sejahtera,

Dah lama tak membebel...sibuk duk blogwalking sampai lupe nak buat entri baru kat blog sendiri..tak sedar plak Buffered Earnings(BE) dari Nuffnang(NN) tgh berjalan kat blog ni..entahla..aku pon nak kata tak mengejar BE tu pon tak boleh gak sebab alang2 dah install NN tu kat blog ni kena la posting entri baru nak naikkan earnings kann..hehe~

Okaaayyy..berbalik pada tajuk entri kali ni aku nak cerita sikit tentang ayat "takde keje cari keje" ni sebab petang semalam mama aku duk mengomel abah aku tu duk sibuk bertukang buat rak untuk kedai aku tu sambil mengucapkan ayat ini "takde keje cari keje"..!!!hehe~
Ayat ni sebenarnya bila aku renung2kan sejenak membawa 2 maksud yang berbeza bergantung dengan intonasi suara dan keadaan ayat "takde keje cari keje" ni diucapkan..eleeehhh...korang pon mesti pernah dengar ayat ni kann~

NADA PERLI "takde keje cari keje"

• nada ni selalunya ditujukan kat makhluk penganggur yang duk tanam anggur je sampai orang sekeliling pon muak tengok muka beliau..bukan aku ye..!!hehe
• boleh gak ditujukan kat orang yang selalu menganggu kita yang sedang busy-ya-amat dengan menyuruh orang tu "takde keje cari la keje..nyibuk je..!!!"teehee~

NADA MARAH @ BENGANG "takde keje cari keje"

• camne nak explain ek..hurmmm..okay korang bayangkan situasi dimana korang dah larang sesorang drpd melakukan sesuatu yang korang dah jangka akan memberi kesan negatif pada dia..contohnya kes abah aku tu la pasal "takde keje cari keje" yg mama aku dok ngomel sebab nanti bila da penat mula la sengal2 badan la sakit2 belakang la..hahHaa..ada paham..?!
So, kesimpulannya ayat "takde keje cari keje" ni sememangnya 'berguna' mengikut keadaan dan intonasi yang selalunya kita guna hari2 kan..kita kadang2 memang suka bila "takde keje cari keje" untuk mengisi masa yang terluang kalau tak bosan plak kann..dan kite jugak suke perli orang yg da buat salah dengan ayat "takde keje cari keje" ni untuk menunjukkan kita SAYANG (nape warna PINK kalau sayang..???)kat orang tu sebenarnya..betul tak..hehe

Apa2 pon kalau korang "takde keje cari-lah keje""...!!! (^_^) y~




- Posted via my iPhone

Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails