Sunday, May 22, 2011

INFO | Tragedi Rumah Anak Yatim Al-Taqwa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tragedi Rumah Anak2 Yatim dan Anak2 Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Kampung Gahal, Hulu Langat Selangor. Operasi menyelamat yang bermula 2.45pm semalam (sabtu-21Mei) dihentikan sementara 5.30am (Ahad-22Mei) selepas mangsa terakhir telah dikeluarkan dari kawasan tanah runtuh tersebut....jumlah mangsa iaitu 25 orang dan 16 daripadanya terkorban..9 cedera dan masih dirawat...(sumber BERNAMA)

"HIGHLAND Towers..Karak Highway..Taman Hillview..Bukit Antarabangsa..and now, 
Felcra Semungkis."

      Nama2 tempat diatas sudah cukup membuatkan kita mengingati kembali detik2 tragedi lampau dimana rumah dan kereta musnah, kaum keluarga dan sanak saudara menangis kesedihan kehilangan orang tersayang, para penyelamat pula bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tertimbus akibat tanah runtuh ni...nampaknya kita tidak belajar dari kesilapan lampau..bukanlah ingin menidakkan takdir tuhan tapi ianya dapat dibendung sekiranya semua pihak tidak keras kepala dan hanya mementingkan diri sendiri...


       Developer yang sibuk mengaut keuntungan dengan memotong tebing bagi projek2 tanpa mengambil kira aspek geologi memang patut dipersalahkan...pihak kerajaan juga perlulah ambil serius perkara ni kalau tak memang tiap tahun la kita akan digemparkan dengan kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah...tetapi kali ni ianya menimpa rumah anak2 yatim...mereka yang sememangnya diberi dugaan apabila kehilangan ibu  atau ayah dan ada yang tiada ibu bapa ditimpa musibah disebabkan kecuaian manusia sendiri...memang menyayat hati...!!!
    Cukuplah...semoga roh anak2 yatim ini dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman...Al-Fatihah...bagi mangsa yang cedera pula semoga tabah menempuhi ujian tuhan berikan ini dengan redha...jangan biarkan tragedi ini berulang...sungguh menyayat hati bila ianya menimpa anak-anak yatim ni..ya Allah berikanlah mereka kekuatan mengharungi hari mendatang...aminnn~~~

Gambar diambil sebelum tragedi berlaku....Al-Fatihah~
Mangsa yang meninggal dunia:

1) Mohd Kamarul Amizan, 11

2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd Mustakim Mamat, 12
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd Zaid Azahari, 14
14) Mohd Imal Fahad, 9
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9
16) Mohd Hazim Sapri, 10


Terselamat dan cedera:

1) Aizat Khusairi, 12
2) M. Allaudin Sobri, 14
3) M. Syatiq Ibrahim, 21
4) Khairul Anuar Nasri, 9
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11
6) Zulkhairi Aminuddin, 13
7) Izzuddin Abdullah, 30
8) Izuan Zakaria, 33

9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10 



~~~AL-FATIHAH~~~

Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails