Saturday, May 21, 2011

BORAK WAYANG | Nur Kasih The Movie


Assalamualaikum dan Salam sayangggg...(tetibe sayang plak ni kann..?!)

Borak wayang kali ni nak review filem karya unggul daripada pengarah drama tersohor KABIR BHATIA iaitu Nur Kasih The Movie yang merupakan kesinambungan plot terakhir atau peleraian bagi drama Nur Kasih...jangan risau walaupun korang tak follow drama ni kat TV3 dulu tu pon korang akan faham cerita ni sebab ada flashback dan flashforward yang smooth~

Tiket filem ni awalnya aku nak Booking online je kat Cathay Cineplex e@Curve Damansara tu..tapi fully booked...aku yang frust ni pon pegi la redah ke kaunter tiket beli sehari awal (Jumaat) sebab nak marathon movies ngan member2..hehe..dapat gak akhirnya..rupenye sistem online booking problem laa~

Okaaayy..berbalik pada filem Nur Kasih ni..aku memang admire giler ngan teknik sinematografi filem dan drama Kabir Bhatia yang sememangnya lain dari yang lain..ianya ibarat korang berada dalam cerita tu bila kamera memilih angle yang sangat unik dan memukau...perghhh~

Plot filem sungguh KEMAS dan teknik imbas kembali dan imbas muka amat cantik bila ianya berkait seperti dua alam bersatu..latar tempat kalau korang tengok memang amazing...Jordan sungguh indah dan kawasan kampung yang sungguh tenang dan damai...

Pemilihan para pelakon memang A+ laa...dari 3 watak utama Adam (Remy Ishak), Nur Amina (Tiz Zaqyah) dan Aidil (Fizz Fairuz) sampai la pelakon2 cilik yang sungguh cute dan berbakat besar iaitu Ilyas (Mohd Ilyas) dan Mariam (Mia Sara) yang wat aku kagum dengan bakat2 baru ni diorang TAK kekok dan kayu dan paling memberi kesan adalah watak Ilyas sebagai abang kepada Mariam yang mengerti erti kehilangan dan kesedihan ayah dia, Aidil lepas kematian ibu diorang Alia...



Bagi scene Adam memberi bimbingan agama kat remaja bermasalah tu pon banyak mesej yang disampaikan tentang kritikan terhadap golongan pendidik agama...nak tau kene la tengok dan fikir sendiri...scene Nur disuruh mereka bentuk sebuah kelab hiburan tu pon ada mesej tentang orang Melayu...banyak pengajaran dalam filem Nur Kasih ni..


Scene yang paling mantap dan favourite aku adalah scene Nur kene tembak kat pasar masa dia keluar jalan2 kat pasar dengan Adam...pastu scene masa Ilyas ckp kat Aidil "Ayah takpe ke tido sorang2..kalau nak Ilyas temankan Ilyas boleh bgtau Tok Wan tak jadi tido ngan dia.."(lebih kurang camni la ayat dia...hehe) kagum aku tengok watak Ilyas yang sungguh menjiwai peranan seorang anak walaupun masih kecil..(nanges jap~T_T~)...banyak lagi la scene yang memang meruntun jiwa dan boleh buat penonton menitis air mata...huuuu~
"Ayah tido ngan sape..??"
Scene komedi pon ada diselitkan contohnya masa kat Jordan lepas Adam accident kat padang pasir dan diselamatkan oleh budak orang Badwi kat situ nama dia Hasan..dialog dia lebih kurang camni "Are you okay..sand storm..big big..you sleep.."hahaha..nak tau nape dia cakap camtu..??korang kene la pegi menonton sendiri kat pawagam tu...

Persoalan sepanjang cerita ni penonton tertanya2 Adam akan mati ke sebab masalah jantung..???Aidil akan kahwin ngan Nur ke...??? Kenapa ada narrator..siapa sebenarnya narrator tu...??? Kenapa banyak sangat dugaan menimpa Adam Aidil dan Nur..?? Kenapa mamat iaitu remaja yg bermasalah tu pergi ke section 'Health Examination' lepas jumpa Adam yang terlantar kat Hospital..?? Aidil selamat ke lepas kene belasah dengan remaja samseng tu..??
siapa yang ditembak...Adam ke Nur...??hehe~
Satu je jawapan...setiap yang berlaku ada hikmahnya dan ajal maut serta jodoh pertemuan adalah kuasa Allah SWT..kita sebagai manusia hanya mampu merancang tuhan yang menentukannya~

P/S: mood aku terus spoiled bile watak Ilyas bila dewasa adalah Norman Hakim...WHATTT..??? plus aku dengar Nur Kasih ni takkan dikeluarkan dlm bentuk CD/DVD..so jangan lepaskan peluang menonton filem ni SEGERAAAAAA~~~

**jom layan slideshow gambar2 filem NUR KASIH THE MOVIE...!!!

Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails