Friday, April 1, 2011

Erma Fatima dan Tarian Kontroversi...!!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Entri kali ini ingin menegur sikap seorang Pengarah filem tempatan iaitu ERMA FATIMA berikutan kontroversi sambutan Majlis Kejutan (Surprise Party) Hari Lahirnya baru-baru ini...Petikan kata-kata Erma adalah daripada  Utusan.. [teruskan membaca]
inilah tarian kontroversi dari paper dolls dancer...memalukan..!!!
"Jangan dipersalahkan tetamu yang hadir di majlis itu dan janganlah menyalahkan individu yang menganjurkan majlis tersebut." 
"Saya tidak menyangka perkara ini (majlis hari lahirnya) akan jadi sampai macam tu sekali." 
"Saya faham penganjur yang menganjurkan majlis itu bukannya mahu memalukan saya atau sesiapa pun." 
"Saya tidak pandang persembahan oleh paper dolls itu sebagai sesuatu yang menjijikkan. Saya tidak pandang hina dengan persembahan itu." 
Apaaaa...????!!!! tidak menjijikkan..awak tu bertudung dan seorang muslim...kalaupun anda tidak pandang hina persembahan itu tetapi orang lain (agama lain) akan memandang Hina anda dan Islam secara tidak langsung...!!!

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.
"Biarlah apa orang nak kata. Kalau di pandangan mata orang lain itu sesuatu yang salah, salahkan saya. Jangan salahkan tetamu atau penganjur atau persembahan," 
"Penganjur yang menganjurkan majlis itu ialah sahabat saya dan saya berkawan dengan semua orang tanpa mengira pangkat atau kedudukan."
tapi tahukah erma kawan itu mencerminkan diri kita..memang la tak salah berkawan tanpa mengira pangkat dan darjat..tapi kalau kawan yang merendahkan agama yg dianuti kawan laen itu bukan kawan namanya..!!!

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).
"Tetamu kenamaan yang hadir, hanya duduk untuk lima minit sahaja. Jadi, jangan kaitkan dengan nama tetamu." 
"Beginilah, saya tidak melihat majlis itu sebagai satu benda yang menjatuhkan imej saya yang bertudung." 
"Saya tahu, bukan niat penganjur untuk memalukan saya. Apabila saya menyaksikan persembahan itu, tak kan saya nak tinggalkan majlis serta merta? Kalau saya berbuat demikian, saya tidak menghormati sahabat yang menganjurkan majlis untuk saya," 
bukan untuk memalukan...???anda sudah dimalukan la erma oiii?!..adakah erma boleh membaca isi hati dan nawaitu sahabat anda itu...??? hebat...!! mungkin anda orang seni yang merasakan 'Matlamat menghalalkan cara..."dan sekarang anda berada di Mekah...???menjawab pertanyaan ini semua dengan jawapan yang seperti ini...???

Walau bagaimanapun...Manusia tidak boleh lari dari melakukan kesalahan dan jangan pula kita menegakkan benang yang basah serta membelakangkan agama anda sendiri...perbaiki kelemahan diri semoga akan menjadi manusia yang lebih baik dikemudian hari...erma..erma..erma...!

P/S: pesanan untuk anda dan diri saya juga...

Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails