Monday, April 18, 2011

BORAK WAYANG | Raja Azmi ...Dalam Botol..?!

Sensasi air sarsi sangat ke isu ni..???dah basi sebenarnyer..huhu~

Apa la yang hangat lagi menyengat pasal kontroversi Raja Azmi neh..???tak habis-habis dengan kontroversi dia dan filem ...dalam botol tu kann..?? Korang dah tengok belum filem tu..??

Aku pon baru je menonton filem tu alang-alang dah Ada kat ASTRO First tu..heehee..jangan pikiaq bukan2 noo..!!! Cume nak tau ape yang kontroversi sangat ceritanya..sebab ramai blogger yg aku tengok wat andaian sendiri tentang filem ni tapi diorang belum pun tengok sekadar andaian semata..persepsi dan stereotaip  sungguh mereka ni..cubalah hayati mesej yang cuba disampaikan..bukan amik yang negatif..bagi aku cerita yang cuba disampaikan agak jujur dan tentang keinsafan atas kekhilafan yang tidak boleh lagi ditarik balik dan pasrah dengan hakikat perbuatan sendiri...percayalah..better korang tengok sendiri..!!
see...!! dia kembali normal tapi dah terlambat...
Adengan homoseksual yang dipaparkan tidaklah terlalu berat (kalau berat camne rupenyer..hehe..??) mungkin sebab dah ditapis..apa-apa pon mesej yang cuba disampaikan amat jelas dan sinematografi seperti kisah benar dimana kamera menjadi pemerhati dan mengekori setiap perjalanan hidup Rubi @ Rubidin...suatu percubaan Khir Rahman yang unik dan tak banyak pengarah gunakan teknik ni..salute la bro..!!

ini la scene yg paling kontroversi..huhu
Tentang kontroversi Raja Azmi yang dikatakan menipu jumlah kutipan filem ni sebenarnya salah faham antara media dan beliau..media melaporkan baru-baru ni jumlah kutipan penjualan tiket filem tersebut adalah RM600,000 bercanggah dengan apa yang Raja Azmi canangkan iaitu lebih RM1Juta..?! Memang betul kutipan tiket adalah RM600ribu tapi selebihnya adalah hasil penjualan filem tersebut pd pihak luar negara yang berminat dengan karya beliau serta pihak ASTRO juga telah membeli filem tersebut untuk ditayangkan di ASTRO First..!! So, terjawab sudah..jangan la nak perlekeh karya tempatan dan industri seni yang tak besau mana nih..bagilah komen membina bukan menjatuhkan dan menabur pasir kat periuk nasi orang lain..pada pihak media tu tolong la dapatkan penjelasan semua pihak sebelum buat sebarang ulasan..be profesional..!!!

persoalan yang selalu dipertikaikan oleh penonton, pengkritik dan sutradara adalah samada "seni itu untuk seni ataupun seni itu untuk masyarakat..???"


- Posted via my iPhone

Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails