Friday, March 18, 2011

Jom Meriahkan KARNIVAL INTEGRASI KMR Di UPM, SERDANG...!!!

KARNIVAL INTEGRASI KMR [KARMA 2011]

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Wah..wah..wah...kolej kediaman masa aku buat Degree kat Universiti Putra Malaysia (lengkap tuh aku tulis..!) akan mengadakan EVENT gempaaakkkk giler beb....!!! bangga aku jap...perghhh~~~

Baiklah...mungkin ramai yang tertanya-tanya apa makna akronim KMR tu kan..?! KMR tu Kolej Mohamad Rashid..kolej kediaman pelajar yang pertama dibina di UPM, serdang tu..dulu nama UPM adalah Kolej Pertanian Serdang...dekat je dengan MARDI, MAEPS, Putrajaya dan UKM tuh...tapi jangan gi UKM plak sebab tempat karnival adalah di UPM, Serdang....!!! karnival ni bertemakan "Hijau Bumi Kita" so, kepada semua ALUMNI dan orang ramai dijemput hadir sama memeriahkan karnival ini...!!!

Karnival ni akan berlangsung selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad...[sila lihat butiran dibawah]
Tarikh   : 19 dan 20 Mac 2011 (SABTU & AHAD) 
Tempat : Kolej Mohamad Rashid, UPM 
                 Serdang, 43400 Serdang, Selangor   
                 Darul Ehsan. 
Masa      : 8.30 Pagi - 10 Malam (Sabtu) dan       
                  8.30 Pagi - 7 Malam (Ahad).
**untuk tentatif lengkap program..KLIK SINI

antara acara yang bakal diadakan adalah seperti:

  1. Booth Jualan
  2. PC Fair
  3. Blood Donation
  4. Funfair
  5. Paintball
  6. Sukan Rakyat
  7. Rakan Cop
  8. Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
  9. Demonstrasi Hukuman oleh Polis Penjara Kajang
  10. Ceramah Motivasi oleh Prof Izzudin Haji Ali (Prof Izzy Haji Ali HOT FM)
  11. Rumah Hantu (Hantu Kak Limah pun ada..!!)
  12. QalasQalas Kek Lapis Serawak pon ada...!!
dan banyak lagi acara dan pertandingan yang akan diadakan selama dua hari ni...karnival ini terbuka kepada semua (OPEN DAY)...!!! so jangan lepaskan peluang datang ke acara yang julung-julung kali diadakan ini...sempena sabtu dan ahad Cuti Sekolah ini bawalah anak-anak dan family anda untuk berhibur sebelum sesi persekolahan bermula..!!! yahoOOOoooooOOooo~~~~

Sebarang info boleh melawat website ni karma2011.blogspot.com

Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails