Sunday, March 13, 2011

INFO | Tsunami Melanda Jepun...!!! [+VIDEOS]

[HANGAT | saksikan video amatur sebuah keluarga ketika gempa di Jepun di akhir entri...!!!]

Salam Sejahtera,

Ombak Tsunami yang mengganas di Miyagi, Jepun
Tsunami melanda bandar pantai timur laut Sendai, Miyagi di Jepun dua hari lepas berikutan gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter yang mencetuskan tsunami setinggi 10 Meter..!! (Tsunami Aceh direkodkan 30 Meter dengan 9.1-9.3 skala Richter) kejadian berlaku selepas tengah hari Jumaat, 11 Mac 2011....turut dilaporkan California dan perairan Amerika Selatan juga terkena tempias tsunami yang melanda Jepun....tsunami kali ini masih belum dapat dipastikan berapa jumlah yang terkorban namun angka kematian mangsa tsunami bukanlah untuk dibanggakan tetapi untuk kita menginsafi musibah yang melanda negara tersebut...

masih adakah harapan mereka mencari ahli keluarga..??
Turut dilaporkan semua warga Malaysia adalah selamat dan kerajaan tak akan bawa balik semua rakyat Malaysia di Jepun..(duet da abes sbb OPS Piramid dan Libya..hehHe~).Gempa Bumi susulan terbaru direkodkan pada hari Sabtu 12 Mac 2011 iaitu pada 5.8 dan 6.5 skala Richter dan lebih 100 gegaran susulan berskala lebih dari 6.0 Richter...disamping itu, berlaku letupan di Loji Nuklear Fukushima I..namun dilaporkan keadaan adalah terkawal selagi struktur luar Reaktor tersebut masih utuh...kemungkinan untuk kejadian malapetaka nuklear seperti di Chernobyl di Russia adalah tipis sebab Loji Nuklear tersebut adalah Reaktor air ringan.. 
Bayangkan anda dalam situasi ini...

Korban Tsunami yang terbaru dilaporkan adalah lebih 1,600 orang... 210ribu mangsa dipindahkan manakala beribu2 lagi masih menunggu bantuan... 5000 rumah daripada 8000 rumah musnah dilanda tsunami...antara pasukan penyelamat yang paling awal tiba adalah dari Amerika Syarikat dan New Zealand dan Pasukan SMART dari Malaysia juga dihantar ke Miyagi, Tokyo untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa..

ini antara video2 ketika tsunami berlaku...!!







**inilah rakaman amatur sebuah keluarga ketika gempa 8.9 skala richter berlaku di Jepun...!!!



P/S: Lets pray for the victims~~

Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails