Sunday, March 13, 2011

INFO | Skim Rumah Pertamaku...!!!

Pernah tak korang terfikir nak ada rumah sendiri diusia muda atau lepasan universiti...???

Pernah tak korang idamkan rumah yang korang dapat beli guna duit sendiri...???

Anda cemburu dengan kawan2 atau saudara-mara yang gaji besar dan ada rumah sendiri...???


JANGAN RISAU...SAYA ADA PENYELESAIANNYA...!!!

.:: SKIM RUMAH PERTAMAKU ::.
(da macam iklan SmartShop pulak rasanya..hihHi~)
korang nak rumah ni..???


Mesti korang pernah terdengar atau melihat iklan atau berita kat TV pasal SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri kita baru2 ni...ini adalah hasil daripada Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu korang yang begitu terdesak mengidamkan mempunyai rumah sendiri sekian lama...!!

Tok Ajib ngah rasmikan skim neh...huHu~

Relevannya skim ini adalah untuk memberi nafas baru bagi generasi muda untuk lebih berdikari dan mempunyai rasa kebertanggungjawaban mengurus kewangan dan cara hidup mereka di alam pekerjaan. Percaya atau tidak SRP mungkin akan ditentang oleh mereka yang berumur 36 tahun keatas sebab diorang cemburu dan mempertikaikan bahawa golongan umur 35 tahun kebawah adalah dolongan mentah yang tidak boleh menguruskan perbelanjaan dan ekonomi sendiri...persetankan(amboiii..emo..!) diorang semua..kita sudah diberi peluang tapi peluang ni khas untuk yang dah bekerja lebih 6 bulan dengan mana2 syarikat...bagi yang bekerja sendiri tu sorry ye..hihi~

abes aku yang keje sendiri camne...??? 
tak aciiiii....!!!! nak jugakkkkk~~~~
kecewa....huk3~

Selain itu, antara syarat2 SRP ni:
  1. Warganegara Malaysia (Pemastautin Tetap tak boleh...?!)
  2. Pendapatan kurang RM3000 ye..kalau lebih tu maknenye korang kaya.. :P
  3. Hatanah yg nak dibeli berharga RM100,000 hingga RM220,00 je dan dalam Malaysia..!
  4. Dihuni oleh korang sendiri..jangan jual kat pihak ke-3 plak ataupun 'penunggu' misteri...huuu~
  5. Rekod simpanan kat akaun bank perlu menyamai 3 bulan bayaran ansuran (pinjaman 30tahun..lama tu)
  6. Bayaran ansuran adalah 1/3 daripada gaji bulanan korang...ok la tu..
  7. Korang jugak wajib beli Insurans / Takaful kebakaran...kang terbakau rumah sia2 je..
**untuk syarat2 selanjutnya click kat sini
 
Permohonan boleh korang wat kat semua bank kat Malaysia nih...(bank yang utama je ye) takpun korang Click kat sini untuk senarai bank yang terlibat...!

"Bagi yang dah temimpi2 nak ada rumah sendiri tu cepat la mohon skim ni sebab nanti melepas..hahaha...macam aku ni yang dah melepas sebab keje sendiri..arghh...aku nak gi cari keje ngan syarikat lain la...cukup 6 bulan keje, terus aku mohon skim ni pastu berenti..boleh...???"

sebarang kepastian atau FAQ tentang info ni leh la gi melawat website ni www.srp.com.my 


Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails