Wednesday, March 16, 2011

BORAK WAYANG | Merong Mahawangsa

Assalam dan salam Sejahtera...

Baiklah bertemu lagi dalam borak wayang minggu nih...macam aku da jadi wartawan yang wat liputan tentang wayang2 kat pawagam pulak..!! Ahad, 13 Mac 2011 aku dan dua orang bestfren pergi la menonton cerita epik yang ditunggu2 oleh semua peminat tempatan iaitu HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA bukan Terong Titiwangsa ye..!!!

Untuk filem KRU Studio neh aku dah dapat agak akan susah untuk mendapatkan tiket dan seat yg best so aku apa lagi terus buat online Booking kat website CATHAY Cineplex sehari sebelum itu pun 4 rows kat atas sekali dah fully booked..!!! Memang selling fast la tiket filem neh...kalah cite Khurafat yang kononnya hebat sangat tu kot..hehHe~

Aku tak meletakkan ekspektasi yang menggunung masa nak menonton filem ni sebab takut kecewa akhirnya...yelah, setakat ni belum Ada filem Melayu yang boleh kita sama tarafkan dengan filem antarabangsa kann..so, bermula la kisahnya...(teruskan membaca..)


Putera Marcus dan Lycius di Goa, India
Permulaan cerita mengisahkan tentang rombongan dari Rom yang ditimpa kemalangan di laut apabila dilanda ribut taufan sehingga rombongan kapal membawa barang hantaran karam di lautan..mereka terkandas di Goa, India. Disini mereka bertemu Merong Mahawangsa (lakonan Stephen Rahman-Hughes) yang diupah membawa rombongan Rom ke Teluk Segitiga Emas (Langkasuka a.k.a Kedah) untuk bertemu dengan Rombongan Pengantin Perempuan dari China..tempat itu dipilih berdasarkan Feng Shui untuk dijadikan tempat perkahwinan kedua-dua pasangan tersebut..tempat tersebut juga terkenal dengan ancaman Lanun yang merbahaya iaitu Lanun Geruda...puak Geruda berasal dari Langkasuka juga dan diketuainya oleh Taji (lakonan Wan Hanafi Wan Su) dan dibantu oleh Kemawas (lakonan Khir Rahman) yang bagi aku lakonan antagonis  yang amat ekstrem dan berkesan dimana Khir Rahman perlu melakukan aksi pencabulan, pemerkosaan dan pembunuhan kejam...Tahniah Khir...!!!
Puak Geruda mula mengganas...!!!

kemawas yang macam mawas...haha..but terbaekk..!!
Latar masa dan Latar tempat amat sesuai dan logik serta dibantu oleh efek CGI dibuat sendiri KRU Studios yang bagi aku sanggat membanggakan bagi anak tempatan..!! Plot penceritaan juga tersusun dan aspek Flashback juga diselitkan dan mudah difahami penonton..Aspek budaya juga dimasukkan dimana pantun dan gaya bahasa Melayu lama dipraktikkan dalam dialog pelakon serta dapat difahami (kalau Ada penonton budak2 tu pandai2 la tanya parents korang).. Elemen percintaan antara Merong dan Embok (lakonan Ummi Naziera) boleh tahan la..tapi kurang kick sikit..hehe..bagi babak pertarungan pula sinematografi bagi aku kadang2 agak berterabur dan kabur (maybe sebab bila Geruda datang langit jadi mendung kot) sertakelakar mungkin sebab pelakon tambahan yang kurang terlatih dimana lakonan agak kaku sedikit..

[gambar atas] sebelum dan [gambar bawah]selepas
Bagi scene imbasan semula (flashback) dimana ianya menceritakan bagaimana ibu Merong terbunuh dan Ada wasiat disampaikan dalam bentuk pantun kepada Merong...lebih kurang macam ni la...
"Sampai masa tibanya waktu, 
Redup hati kaum berdua, 
Bila dua jasad bersatu, 
Hidup mati jadi bersama.."
ayat tu diulang lebih 6kali kot...watak ibu Merong dilakonkan oleh Umie Aida..walaupun sekejap tetapi tetap memberi kesan mendalam kepada penonton...beliau semamang nya diva kalau belakon teater pun mantap dan pembawaan watak yang amat berkesan...!!

Disamping itu watak sampingan seperti Jehan Miskin pun ok lah...walaupun akhirnya mati gak..selain itu, watak Putera Marcus (lakonan Gavin Stenhouse) dari Rom juga boleh dikategorikan baik walaupun macam baca skrip dan tak bersahaja..hihi..begitu juga watak Puteri Meng dari Dinasti Han, China (lakonan Jing Lui) dan Dayangnya Ying Ying a.k.a Ching Ching (lakonan Nell Ng)..banyak aksi komedi untuk babak diorang ni...hehe..bagi watak Pak Kesum (lakonan Dato' Rahim Razali) macam biasa boleh dibanggakan..tapi first impression bile tgk rambut+janggut putih yang panjang tu memang kelakar tapi lama2 boleh la terima..hahaha~
Jehan Miskin
Pak Kesum dan Embok
Ada beberapa aspek yang bagi aku agak kureng sikit antaranya Sinematografi yang agak kusam so tak berapa jelas untuk sesetengah scene (wat la jadi file 3D kan mantapp..!!) then, Narrator a.k.a sultan Kedah (lakonan Tarmimi Seregar) dalam hikayat ni amat menyakitkan telinga yang mendengar dia menceritakan hikayat secara V.O. dan imbasan semula mungkin sebab sound sistem atau memang sebutan dia terlampau pekat tajam san kurang selesa didengar...aspek ini memberi kesan kepada momentum cerita ni menjadi turun naik dan tidak konsisten...lagi satu berkaitan klasifikasi filem ni dimana ianya adalah UMUM (U) bagi aku tak sesuai dimana Ada scene Puteri China tengah mandi dan menampakkan hampir seluruh tubuhnya tanpa seurat benang..dan scene Kemawas meraba dan mencabul puteri tu juga kurang sesuai untuk tontonan UMUM dan mungkin perlu dilabel PG13 @ 18SG sebab Ada scene pembunuhan kejam secara jelas dalam filem ni..!!!
ketika Geruda datang menyerang di awal babak cerita
Kapal Jentayu milik Merong
Walaubagaimanapun filem ini adalah filem WAJIB TONTON oleh anda semua dan 3.5bintang untuk filem kategori epik/hikayat...3bintang lg ok kot (filem Khurafat aku bagi 0.0001bintang je)..lagipon hikayat ni tak banyak pengajaran sekadar menceritakan sejarah pengasas negeri Kedah sahaja..untuk mengetahui kesudahan cerita ni pergi la menonton di pawagam dimana feeling menonton tu lagi syiok dari tengok DVD @ ASTRO First..hahHa~
 **ni lagu Tema Hikayat Merong Mahawangsa nyanyian Anuar Zain


- Posted via my iPhone

Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails