Monday, March 7, 2011

BORAK WAYANG | Beastly: Love is Never Ugly

Assalammmmm~~~~

Bertemu lagi kita dalam entri borak wayang...ok, baru je lepas menonton filem "BEASTLY" kat e@curve, Damansara ahad lepas (6hb Mac)...so, nak share la sikit pasal filem ni ngan korang semua..filem arahan Daniel Barnz yang mengisahkan sebuah cerita yang lebih kurang atau diolah serta dimodenisasikan daripada dongeng "Beauty & the Beast"..!!! (jgn cakap korang tak tau cerita tu plak..?!)

Filem ni BUKAN filem muzikal ye...sbb mentang2 yg berlakon tu Vanessa Hudgens (High School Musical).. baiklah...dimulakan cerita... Beastly ni mengisahkan seorang pelajar elit kolej 'Buckston Academy' iaitu Kyle Kingson (lakonan Alex Pettyfer) yang bertanding dalam pilihan raya kolej sebagai Presiden dimana motto dia "People like people who look good" <-- so luaran mamat ni memang macho, kacak, jambu, ramai pompuan minat...bla..bla..bla..hehe...tapi dalaman dia seorang yang boleh kita kategorikan sebagai "anak orang kaya" yang sombong, bongkak, konon dia je yg perfect, tak suka yang hodoh2...sangat menjaga penampilan gile2..!!

Pretty Boy Kyle
Then nak dijadikan cerita, ada la seorang pompuan yg bertatu kat muka iaitu Kendra (lakonan Mary-Kate Olsen) yg bertanding sama jawatan Presiden Kolej, tapi akhirnya kalah kepada Kyle..pada awalnya Kendra ngan Kyle memang tak sebulu dan kendra selalu diejek oleh Kyle sbb penampilan Kendra yg 'kureng' (a.k.a ahli sihir..haha) so, disebabkan keangkuhan Kyle tu Kendra dah mengenakan sihir pada Kyle sehingga Kyle berubah jadi lelaki yg betul2 hodoh, berparut, bertatu dan botak...!!! Kyle hanya ada setahun sahaja untuk mencari cinta sejati bagi merungkai sihir tersebut atau dia akan terus hodoh selamanya..!!!
Kendra si Ahli sihir
Ni muka Kyle lepas terkena sihir..!!!(kening dia ade tulisan Arab kott~)

Bapa Kyle seorang Selebriti TV (pengacara kot..) yang malu dgn keadaan Kyle telah meninggalkan Kyle kat sebuah rumah di pinggir bandar..kat sini Kyle dijaga seorg pembantu rumah Jamaican iaitu Zola (lakonan Lisa Gay Hamilton)..paling suka ayat Zola "Parents do what they do with what they know"..dan seorang guru persendirian yang buta iaitu Larry (lakonan Niel Patrick Harris) yg mmg kelakar..hihi...ok, kat sini Kyle bertemu ngan kawan perempuan sekolej dia yg selama ni Kyle tak berapa layan sgt (yela dia kan suka yg perfect je..) iaitu Lindy (lakonan Venessa Hudgens) dimana dia tinggal ngan seorang ayah yang penagih dan pemabuk..Lindy mmg amat terseksa duduk ngan ayah dia sampai suatu hari ayah dia terbunuh 'Ah Long' yg datang mintak hutang dimana Kyle juga ada kat situ, then utk merahsiakan hal tu dan menyelamatkan Lindy, ayah Lindy terpaksa meninggalkan lindy tinggal bersama Kyle..kat rumah tu la yang menyaksikan cinta mereka berputik dan akhirnya...nak tau ending cerita ni better korang semua gi menonton kat pawagam je sbb kalau cerita kat sini nanti tak best plak kann..hehe..ok, layan gambar2 ni yer..huhu~

ni masa diorg jumpa lps Kyle menang jadi prez..(lepas ni kyle kena sihir)

Kyle menyorok dlm rumah sbb hodoh (tapi kaya raya...!!)

Lindy yg comelll~~

kalau nak keluar Kyle prefer pakai hood sbb leh sembunyikan 'kehodohan' dia

Cikgu buta yang kelakar..siap pandai main dart lagi tu..!!

Cinta sudah berputik..!!!

Saat romantikaayamour...


Lastly, cerita ni memberi banyak pengajaran tentang terima diri kita seadanya walaupun hodoh sbb itu semua anugerah tuhan dan ada hikmah disebalik apa yang terjadi pada hidup kita...aku bagi 4 bintang utk filem ni...just be yourself...!!!

Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails