Wednesday, March 16, 2011

BERITA HARIAN MEMALUKAN MALAYSIA MEMPEROLOK TSUNAMI DI JEPUN...!!!

Assalam dan Salam Sejahtera,

Berita HARIAN (BH) baru-baru ni telah dikecam hebat sejak akhbar ni mengeluarkan karikatur yang memperolok watak adiwira Jepun iaitu Ultraman...memang suatu tindakan yang boleh kita sifatkan sebagai tidak sensitif akan musibah yang menimpa mangsa Tsunami yang mungkin kehilangan IbuBapa, ahli keluarga, sanak-saudara dan teman...karikatur tersebut menunjukkan lukisan karikatur Ultraman yang melarikan diri apabila ombak besar Tsunami mengejarnya dari belakang...perkara MEMALUKAN ini juga telah disiarkan oleh CNN ke seluruh DUNIA...!!! Ianya telah memburukkan nama Malaysia secara tidak langsung disebabkan kecuaian BH  dan ianya tidak boleh dimaafkan..!!!(sila lihat gambar)
Bagi seorang editor sebuah akhbar tempatan bukankah menjadi tanggungjawap beliau untuk menapis sebarang bentuk isu sensitif yang cuba disampaikan anak buahnya bagi mengelakkan berlaku salah faham atau menyentuh sensitiviti sesetengah pihak..?! mungkin bagi mereka ianya hanya JENAKA..tetapi atas dasar perikemanusian ianya adalah tidak wajar sebab tragedi tsunami ini telah meragut banyak nyawa walaupun jumlah kematian adalah kecil berbanding yg pernah berlaku di Aceh..namun ianya tetap melibatkan kematian bukan..???

**ni plak karikatur luar dari France

maksud ayat french tu [atas]" Tsunami in Asia a year after..." dan [bawah]"hey, here we go again..." 


Sedangkan kita juga (Muslim) berang apabila akhbar Barat mengeluarkan karikatur Nabi Muhammad dimana kita menganggap ianya suatu penghinaan yang dibuat oleh Barat..sama jugalah dengan apa yang kita dah lakukan tehadap negara Jepun dengan memperolok adiwira yang cukup sinonim dengan negara tersebut..!!


**yang ni boleh la diterima tidak seserius sangat kot but, still inappropriate way to potray the disaster right..?? 

Aku bukanlah nak menyebelahi mana2 pihak..walaupun Tanah Melayu pernah dijajah oleh Jepun sebelum kita merdeka tapi ini bukan caranya untuk kita kononnya menunjukkan hukum karma, balas dendam dan sebagainya..sebagai negara yang bertamadun sepatutnya kita tidak menyakiti orang lain apatah lagi dengan isu-isu yang menyentuh sensitiviti sesetengah pihak sebegini..!! apa2 pun pemimpin kita suatu ketika dulu pernah mempekenalkan polisi Dasar Pandang Ke Timur iaitu negara Jepun so, kita buang yang keruh amik yang jernih...tak perlu nak balas dendam dengan memperolok2kan bencana di negara orang lain..!!!

tengok tu mangsa2 kat Jepun tu still beratur panjang untuk mendapatkan bekalan makanan..still berpegang kepada budaya dan sistem di Jepun...kalau kat Malaysia...aigooo~~

Kepada akhbar berkenaan mungkin wajar sekiranya meminta maaf secara terbuka kepada rakyat Jepun segera bagi menjamin hubungan baik kedua-dua negara dan memulihkan nama negara kita Malaysia yang sudah tercalar di mata dunia..namun ibarat pilot yg gagal mengawal pesawat dan terjunam hancur tiada maaf bagimu...terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan ko tanggung sendiri...!!!renungkanlah bersama~~~

- Posted via my iPhone

Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails