Tuesday, February 15, 2011

MAULIDUR RASUL | Disebalik Video dan Sirah Nabi MUHAMMAD S.A.W

Assalamualaikum WBT...

Salam Maulidur Rasul kepada korang semua...hari ni genaplah usia Nabi Muhammad junjungan mulia yang boleh dianggarkan mengikut pengiraan berdasarkan penukaran 1432 H kepada tahun Masihi iaitu 2010M yang memberi hasil usia nabi yang ke-1439 ( 2010M - 571M )..sila betulkan jika salah ye..klik sini untuk contoh pengiraan masihi.


Perginya baginda Rasulullah amat dirindui semua Ummatnya...Baginda contoh tauladan dan keperibadian muslim sejati yang tiada tolok bandingnya...Mana mungkin dikatakan bahawa memuji Baginda SAW itu salah sedangkan Allah SWT sendiri memuji Nabi-Nya..sesungguhnya Baginda adalah Nabi terakhir utusan Allah SWT bagi membimbing ummat akhir zaman kepada ajaran Islam...mari kita bersama2 menghayati hari kelahiran Nabi yang juga merupakan hari kewafatan Nabi iaitu 12 Rabiulawal 11H 

Disini saya sediakan sedikit sebanyak info/biodata dan video mengenai Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi jom kita renungkan bersama :
Nama sebenar : Muhammad bin Abdullah

Nama bapa     : Abdullah bin Abdul Muttalib
Nama ibu        : Aminah binti Wahab

Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama  : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

Ibu susu kedua     : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah)

Tarikh lahir    : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M

Tempat lahir  : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

Bangsa: Arab 
Isteri Nabi Muhammad SAW:
1) Khadijah Binti Khuwailid

2) Saudah Binti Zam’ah
3) Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4) Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5) Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6) Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7) Zainab Binti Jahsy
8) Maimunah Binti Harith
9) Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10) Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’ Ibu Orang Miskin)
Anak-anak Nabi Muhammad SAW:.


1) Qasim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Al-Zahra’
8) Halah bin Hind (anak tiri Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Khadijah)

.:Biography Nabi Muhammad SAW:.
USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN
- Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
- Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
- Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
- Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
- Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
- Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
- Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
- Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
- Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
- Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
- Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
- Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
- Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
- Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
- Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
- Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
- Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
- Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
- Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.


sedikit video tambahan untuk tatapan anda semua...



Disamping itu, hasil pencarian di youtube saya menemui video berikut tentang keadaan di dalam Kaabah di Makkah...hayati bersama ye...teringin menjejakkan kaki di rumah ke Baitullah..insyaAllah suatu hari nanti~



Terima kasih sebab sudi meluangkan masa untuk membaca entri ni sempena Maulidur Rasul 2011..!!!

Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails