Wednesday, July 28, 2010

Redmummy.com | Jadi Mewah Tulis Blog

Blogger redmummy.com | Jadi mewah tulis blog

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Mesti suma Teropongers yang baca title entri ni pelik sebab TA baru nak komen pasal kisah Red Mummy ni kan...??? Font entri pon warna merah..cewah...hahaha...bukan apa..ye la, TA kan baru je berjinak2 dengan dunia blogging ni..mana la tau pasal akak fofuler ni...tapi rasenya TA pernah baca pasal beliau sebelum ni..sebab baju merah beliau yang amat memukau sesiapa sahaja yang melihat...beliau bukan la artis tapi boleh dianggap sebagai pelopor dunia blogging ni sejak tahun 2006 lagi.

Red Mummy ni pernah mendapat pelbagai anugerah hasil tulisan beliau di blog..dan syarikat pengiklanan pula berlumba2 mendapatkan khidmat daripada beliau...antaranya adalah Nuffnang.

Red Mummy @ Mira

Menurut Mira@ Red Mummy, dia langsung tidak pernah terfikir menulis blog boleh menjana pendapatan sehinggalah suaminya Ami Shamril Kamaruddin, 35, mencadangkan agar Redmummy.com mendaftar di bawah Nuffnang.




Beliau memang tidak sukakan iklan...dek tetapi kerana terpengaruh dengan suaminya, RM lakukan juga. Hasilnya selepas tiga tahun menulis beliau menerima pendapatan pertama daripada Nuffnang berjumlah RM90. Diikuti RM150, RM300 sehinggalah sekarang mencecah RM10,000 sebulan....fuhhh~


Kak Mira yang juga membuat Product Review menerima RM100,000 untuk ulasan iklan sepanjang tiga tahun menulis blog....fuhhh...!!!

Nak tau lebih lanjut tentang Red Mummy...klik sini...

Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails