Tuesday, June 30, 2009

Corat-coret pelajar baharu...

kemasukan pelajar baharu ahad lepas berjalan dengan lancar..mcm2 gelagat pelajar dpt dilihat..ade yg menangis, ade yg serba kalut sbb xbwk sijil la & mcm2 lg la..xcukup dengan tu ade yg komen mcm2 psl KMR ni..ye la dh 'berusia'..tp sy akan pastikan mereka semua selesa dengan kehidupan di KMR ni..malam td blok cengal gempar kul 5.30 pagi..bunyi katil roboh..kesian tgk stdnt tu..nasib baik xcedera..itu br 2 hari kat KMR..huhu..

time kat dewan ketua cheers KMR mmg terBaeKK..!! satu dewan senyap bile die bg arahan cheers..haha..harap2 KMR akan digeruni & dihormati pasni..ptg ni nk ajar lg cheers tradisi KMR..diorg sume mmg sporting la..sume ceria2 jer..huhu

ok pasni sy akan update lg cerita psl junior KMR ni..

Friday, June 19, 2009

Paksaan atau Keikhlasan...???

Sungguh lucu dan pelik melihat kerenah org di sekeliling kita..kadang2 kita rasa mereka ni berniat baik tp rupa2nya mempergunakan kita...mereka menilai secara prejudis dan dari perspektif yg sempit dan hanya menguntungkan diri mereka sendiri...walaupun niat mereka menegur dan memberi cadangan, namun perlu diingati bersama bahawa tidak semua org menerima kritikan secara terbuka..

Semenjak memegang jawatan ini saya merasakan bahawa kita sebenarnya tidak dapat memuaskan hati semua pihak dan integriti kerja adalah penting bagi memastikan semua kerja berjalan lancar..saya bukan jenis yang suka memaksa, saya lebih mementingkan keselesaan bekerja semua MTP saya..saya faham perasaan meraka sbb saya juga bermula dari bawah..pada masa yang sama saya juga mengambil Major dalam Pengurusan Sumber Manusia yang amat mementingkan kebajikan para pekerja(MTP) dapat melaksanakan kerja dengan selesa dan hati yang ikhlas.

Oleh itu berilah saya sedikit masa untuk memantapkan barisan MTP saya sebelum menilai prestasi mereka yang baharu dilantik selama 2 minggu..

Sunday, June 14, 2009

Salam Perkenalan

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera..

Pertama kali menulis blog ini saya merasakan ianya sesuatu yg relevan bagi menyampaikan maklumat dan perkembangan MTP KMR sesi 2009/2010 dalam menjaga kebajikan para penghuni Kolej Mohamad Rashid ini. Ianya akan menjadi wadah perantaraan antara saya dan anda semua.

sebelum saya bercerita lebih lanjut biarlah saya memperkenalkan diri saya...

Nama: Azizi Fakhrullah Bin Alibasyah
Umur: 22 tahun
Asal: Sungai Buloh, Selangor
Program: Bacelor Pentadbiran Perniagaan[Major: Pengurusan Sumber Manusia], Tahun 3
Email: azizi_ieji@yahoo.com / azizifakhrullah@gmail.com

Baiklah, untuk makluman semua saya telah dilantik oleh pihak pengurusan dan dipersetujui oleh jemaah Majlis Tertinggi Pelajar sesi 2009/2010 Kolej Mohamad Rashid sebagai Presiden MTP sesi 2009/2010. Saya dan ahli MTP yg lain telah pun dilantik utk menjalankan tugas sebagai MTP KMR yg baharu. Pada post saya yg akan dtg saya akan attached senarai MTP saya.

Saya amat mengharapkan blog ini dapat menjadi medium yg berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada anda semua. Kebajikan anda semua menjadi keutamaan saya dan MTP lain, oleh itu kerjasama anda semua amat saya harapkan.

Terima kasih..








Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails