Wednesday, May 23, 2012

Aku, MBA dan...

SEPARUH
Bukan mudah untuk menggapai apa yang kita impikan. Kadang-kala kita mungkin tersungkur, dan ada masanya kita kelu tanpa bicara pabila berdepan dengan cabaran dan dugaan.

Perjalanan yang dimulakan mungkin atas dasar kepentingan diri sendiri, namun akhirnya aku sedar ianya memberi aku makna yang besar dalam menempuh alam kedewasaan.

Dalam perjalanan yang SEPARUH itu, bermacam ragam manusia aku perhatikan tatkala berhubung dengan mereka. Tidak kurang dengan warga pendidik yang sebahagiannya hanya berlakon sebagai 'alas kain penutup lompong' penjual makanan dalam mencurah ilmu yang bukan 'menu' utama mereka untuk disuapkan ke mulutku.

Di selekoh perjalanan itu, aku terbabas ketepian dan terdampar kaku. Kulihat kiri dan kanan, sunyi. Tiada yang tiba menghulur tangan meringankan beban, mungkin
jalan tersebut bukan jalan untuk mereka maka aku mula pasrah tanpa ikhlas.

PERCAYA
Hati ini pasti pedih jika gagal bertemu 'jalan kegembiraan' yang ditujui. Hendak percaya pada keadaan tapi hati menafikannya tanpa bertanya pada akal. Mungkin sudah tidak percaya pada akal, maka dengan mulut pula hati berkawan. Mulut melafazkan benci tanpa segan silu dan mencerca akal yang tidak membantu sehingga hati gagal menemui jalan sebenar. Hati percaya pada mulut yang tegas bangkit melindungi hati yang kian rapuh.

Perjalanan diteruskan kerana hati percaya pada mulut, namun akhirnya iman yang menegur hati dan mulut untuk kembali ke pangkal jalan. Mulut menjadi kelu bertemu dengan iman dan terus mengundur diri. Iman membawa hati bertemu pada Pencipta yang Esa untuk memulihkan hati yang lara.

Oleh kerana hati sudah kembali dan bangkit dari kegagalan, maka diriku perlahan- lahan pulih dan PERCAYA setiap yang berlaku bukanlah salah sesiapa cuma hati tersesat mencari jalan yang sebenar.

JANJI
Selepas separuh perjalanan dan percaya pada diri, JANJI pula perlu disemat sebagai pencetus revolusi hidup. Usaha perlu digandakan lebih dari biasa agar kelak hati tidak kecewa lagi.

Bukan khayalan tapi ianya adalah janji pasti ditepati. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih bak kata pepatah Melayu. Langkah pertama mungkin agak berat, namun sedikit demi sedikit alah bisa tegal biasa. Semoga kita bersama-sama peroleh kejayaan dan kebahagiaan yang diimpikan selama ini. InsyaAllah~




-Posted from my iPad

Wednesday, December 14, 2011

#1 Wordless Wednesday | The iPhone Evolution

Tuesday, November 1, 2011

Someone Like Me..?!

A child who has not yet satisfied makes his parents happy.

A brother who has not yet satisfied 'fighting' with his siblings.

A man who is not struggle to find his true lover yet.

A friend who is not finished 'berpoya-poya' with his best friend yet.

A students who do not tired to acquire knowledge of the world and the hereafter.

A Muslim who has not yet satisfied to find divine path devoted to Allah SWT and discharge his duties as true Muslim...

Sunday, October 23, 2011

Jawapan KLISE Blogger Bajet Famous

Salam...

Sunyi betul blog ni...haha...inilah antara ayat klise yang selalu keluar kat entri dari blog yg bersawang...alasan takde masa, takde idea la, malas nak taip entri sebab busy ngan daily routine and whatsoever selalu digunakan acapkali kita membaca entri baru blogger tak famous macam aku ni...(kutuk diri sendiri..haha)

actually....

aku bukannya tak nak update blog cuma busy sikit je...<<<---tengok tu...alasan klise sudah keluar dari tangan blogger tak famous yang menaip...!!! hahaha...apa nak buat dah itu je alasan yang selalu tertera untuk menyedapkan hati orang yang memberi alasan tu kannn...hehe

Baiklah..

setelah menonton Cerekarama TV3 "Azam Ala Kazam" (betul ke title citer ni camtu..??entah..) aku berazam untuk selalu update blog dengan cerita life aku yg menarik (perghh..bajet artis sangat, menarik ke...?!haha) serta info-info berguna untuk semua pembaca blog yang setia menziarah blog ni walaupun tiada entri baru..hehe

Sebenarnya...

aku fed up sebab banyak sangat info-info terkini dan cerita panas kat Facebook tu...why don't diorang buat blog daripada memenuhkan Newsfeed yang berjela-jela tu kat FB...sometime, rimas jugak la...tak salah pon buat camtu cuma carilah medium yang sesuai dan jangan la sampaikan maklumat yang salah dan kadang-kadang dah macam 'info berantai' yang memaksa orang lain menyebarkannya untuk mengelakkan malapetaka...bullshit sangat...!!! tetibe emosi pulak... ;p

akhir kata...tunggu entri baru insyaAllah lebih drama...lebih informasi..lebih rangup..??dan lebih seksi...err...uweekkk...Bwahahahaa~
Hwaitiiinngggg...!


Super Sharing..!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails